Isu Semasa

MP Ajar Rakyat Langgar Adab Resam Bangsa Malaysia

Dakwaan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang menyifatkan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sany Abdullah Sani sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas adalah tidak wajar dan Kelvin boleh disifatkan sebagai Ahli Parlimen paling tidak bertamadun pada abad ini.

Kerana apa yang dikritik hanyalah untuk kepuasan diri sendiri saja tanpa memikirkan kesan baik buruk pada masa akan datang.

Bukankah beliau sepatutnya perlu mengajar rakyat untuk mematuhi setiap peraturan dan etika peradaban adab resam bangsa Malaysia, bukan sebaliknya lebih menggalakkan pula.

Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya mengkritik pihak yang tidak beretika yang datang ke balai polis dengan pakaian yang tidak sopan itu.

“Dia patut menegur mereka bukan sahaja ke balai polis tetapi ke mana sahaja perlu berpakaian sopan mengikut etika manusia bertamadun.”

Apakah agamanya mengajar untuk berpakaian seksi sepanjang masa?

Untuk pengetahuan YB, sebenarnya bukan tatacara berpakaian masuk ke balai polis sahaja memerlukan kita mengikut etika malah untuk berjudi memerlukan kod etika bahkan untuk masuk kuil Hindu atau tokong Buddha juga mempunyai etika tersendiri.

Kuil Singh pun sama ada etikanya:

Please dress appropriately so that you can comfortably and with decency sit on the carpeted floor. All visitors entering the Main Prayer Hall or the Dining Hall will have to remove their shoes and place them in the shoe racks provided. Strictly NO smoking is allowed. All visitors MUST cover their heads while in the main Prayer Hall and the Dining Hall with a scarf, large handkerchief and the head coverings provided by the entrance. Hats or caps are not appropriate.

Bukan main ikut sedap dan selesa sendiri saja, semuanya mempunyai peraturan dan garis panduan yang ditetapkan apatah lagi dari segi kod etika berpakaian ketika di khalayak awam dan sebagainya.

Sebagai seorang Ahli Parlimen bolehkah YB masuk ke dalam Parlimen dengan hanya memakai boxer, Kalau Yb rasa bermoral dan hebat sangat cubalah!

Memang benar tatacara pemakaian semasa membuat laporan polis bukan keutamaan polis kerana keutamaan mereka adalah untuk menjaga keselamatan rakyat. Tetapi disebabkan kesalahan tatacara pemakaian itu jugalah ada si pengadu hadir ke balai polis seperti dirogol, diraba dan sebagainya.

Tatacara pemakaian yang salah boleh mendedahkan diri untuk diganggu secara seksualiti dan sebagainya di mana-mana premis pun. Sebab itu etika berpakaian menjadi penting.

“Kenyataan terbaru IGP Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa masyarakat harus mengikuti tatacara berpakaian kerajaan semasa di balai polis kecuali keadaan kecemasan “hidup dan mati.”

Benarlah apa yang dikatakan oleh IGP bahawa masyarakat harus mengikuti tatacara berpakaian kerajaan semasa di balai polis kecuali keadaan kecemasan “hidup dan mati dan itu jelas.

Berasas ataupun tidak itu soal kedua, soal utama ialah tentang etika pemakaian ketika di tempat awam. Itu yang wajib dipatuhi terlebih dahulu. Dan itu yang Kelvin patut utamakan dan menegur si pelaku agar tidak mengulangi kesilapan lalu.

Sebenarnya, si pelaku itu berpakaian menjolok mata dari rumah atau dari dalam kenderaan. Kalau dari rumah si pelaku sepatutnya tidak memilih memakai pakaian itu sewaktu keluar rumah lagi. Ada sesiapa yang memaksakah?

Jadi, secara mudahnya jika hendak dilayan dengan baik berpakaianlah mengikut etika yang telah ditetapkan. Jika tiada cuba adakan. Kalau sudah tahu nanti akan mendatangkan kesusahan buat apa pakai pakaian yang menyalahi etika, sendiri yang menyusahkan diri sendiri. Etika tetap etika. Belajarlah jadi rakyat yang tahu mematuhi peraturan.

Bukan semua yang datang ke balai polis mengadu sebagai kes kecemasan dan beliau patut hitung juga berapa banyak laporan polis yang dibuat adalah palsu.

Dari “persepsi moral”saja kita sudah boleh mengangak si pesalah ini memang orang yang bermasalah. Bukan saja dijalan raya. Bahkan di mana saja. Di restoran, di pusat membeli belah. Dari etika moral inilah mereka ini dinilai dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Apakah manusia bermoral memakai pakaian tidak bermoral?

Memang PDRM merupakan pelindung kepada masyarakat dan atas sebab itu jugalah PDRM menitik beratkan etika berpakaian agar mereka tidak terdedah kepada bahaya dan pelbagai perkara jenayah lain yang memungkinkan berlaku kepada mereka jika sering berpakaian ala orang tak cukup kain.

Sepatutnya, Kelvin yang perlu menarik balik kenyataan beliau yang dilihat seperti manusia yang tidak bermoral.

Sebagai Ahli parlimen beliau sepatutnya berterima kasih atas teguran Tan Sri Acryl Sany Abdullah Sani yang sangat positif. Kelvin perlu lebih berfikiran seperti orang yang bertamadun. Menyarankan pakaian yang lebih bertamadun bukan sebaliknya menyalahkan pihak PDRM yang cuba mendidik rakyat agar lebih berhati-hati dan beradab mulia. Tidakkah PDRM cukup bertamadun dari segi pemikiran dan etika peradaban?

Sebagai Ahli Parlimen beliaulah yang sepatutnya lebih prihatin kepada rakyat, Ingat semula sumpah jawatan yang disandang untuk mentadbir negara dan menjadikan rakyat dan negara aman dan sejahtera serta terhindar dari segala bahaya.

Jika soal pakaian pun YB tidak faham apatah lagi nak mentadbir negara. Harap Kelvin baca semula buku etika dan kod berpakaian manusia yang beradab dan bertamadun itupun kalau dia adalah sebahagian dari bangsa Malaysia yang beradab dan beretika lah.

Semalam, Acryl Sani berkata balai polis termasuk dalam kategori pejabat kerajaan, sambil menambah bahawa Ketua Setiausaha Negara telah menjelaskan dengan jelas jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai dalam arahan.

Beliau menegaskan bahawa peraturan itu mesti dipatuhi, dan menyebut ‘kesopanan dan kesusilaan’ (kesopanan dan kesusilaan) prinsip kelima Rukun Negara — sebagai asas.

Isu ini dibangkitkan apabila baru-baru ini, seorang wanita dilaporkan mengadu bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke balai polis daerah di Selangor kerana berseluar pendek.

Dia dikatakan pergi ke balai polis Kajang untuk melaporkan satu kemalangan namun diberitahu oleh anggota polis bahawa dia tidak boleh masuk kerana seluarnya melebihi paras lutut. Siapa yang nak disalahkan dalam soal ini?

Kesimpulannya, belajarlah jadi pemimpin dan rakyat yang mematuhi etika dan peraturan! kan simple…

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker