Sesuatu yang menjadi tanda Tanya apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan ‘Merdeka’ pada hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Mungkin ada perkara tersirat di sebalik laungan tersebut yang masih menjadi misteri kepaa sebahagian besar rakyat Malaysia.
Pada setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut ‘Hari Kebangsaan’, bukan ‘Hari Kemerdekaan’. Tiada maklumat sejarah yang mengatakan Tanah Melayu dijajah.
Inggeris hanya duduk di Negeri-negeri Selat sahaja dan memberi naungan kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Tunku Abdul Rahman istiharkan ‘Merdeka’ hanya ke atas Kota Melaka sahaja pada 20 Februari 1956 apabila Raja-raja Melayu telah membebaskan Inggeris dari terus ‘terjebak’ dalam Kota Melaka.
Tanggal 31 Ogos 1957 adalah hari Persekutuan Tanah Melayu di mana semua negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu bergabung membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan menolak Malayan Union yang dicadangkan oleh pihak Inggeris.
Kota Melaka yang berkeluasan tidak sampai 1 km. persegi hanya merupakan ‘jebak’ bagi menangkap Portugis. Portugis tinggal di jebak tersebut selama 130 tahun kemudian berganti dengan Belanda selama 186 tahun lalu ditinggalkan begitu sahaja dan seterusnya Inggeris mengambil peluang untuk menjebakkan dirinya selama 136 tahun.
Bila Inggeris dah rimas tinggal dalam jebak tersebut, mereka telah meruntuhkan tembok keliling dengan harapan untuk boleh keluar tetapi mereka terus juga terperangkap di dalamnya.
Langkah Inggeris seterusnya ialah memajak Singapura dan Pulau Pinang serta Pulau Pangkur (kemudian dibatalkan).
Pemajakan tidak bermaksud jajahan. Semasa Portugis, Belanda dan Inggeris tinggal di dalam Jebak Melaka selama sekitar 450 tahun, Raja-raja Melayu di Tanah Melayu masih mentadbir negara masing-masing.
Dalam catatan Frank Swettenham, Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dipanggil sebagai ‘protectorates’ (negeri lindungan) sahaja dan bukan ‘colony’ (yang terang bermaksud tanah jajahan).
Residen Inggeris hanya sebagai penasihat kepada Sultan dan dibayar gaji mereka dan disediakan tempat tinggal oleh Sultan.
Maka itu Sultan masih menjadi Tuan kepada Residen tersebut. Jika diperhatikan, tiang “Malayastates” terletak di luar pagar Istana Buckingham bagi menandakan Negeri-negeri yang dilindungi tersebut bukan negeri yang dijajah, apatah lagi perkara yang berkaitan dengan “penjajahan Tanah Melayu”, ianya langsung tidak berlaku di mana Tanah Melayu adalah gabungan dari semua negeri-negeri yang ada di Tanah Melayu.
Pada tahun 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk dan pengistiharannya telah berlaku pada tanggal 31 Ogos, 1957 yang dinamakan “Hari Kebangsaan” dan bukannya “Hari Kemerdekaan”.
Catatan Frank Swettenham adalah berbunyi berikut :
“In May 1878, a further circular was dispatched to the Residents of the three then-Protected States warning them that, ‘the Residents have been placed in the native States as advisers, not as rulers, and, if they take upon themselves to disregard this principle, they will most assuredly be held responsible if trouble springs out of their neglect of it.” (The Real Malay, Sir Frank Athelstane Swettenham,1899)
Bagi Negeri-negeri yang tidak bersekutu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, Inggeris tidak mengganggu urusan pentadbiran Sultan namun mereka ada buat perjanjian dengan Sultan Kedah dan Sultan Johor mengenai pajakan Pulau Pinang dan Singapura (di mana yang berkaitan).
Namun pajakan bukan bermaksud ‘jajahan’. Namun begitu dalam masa yang sama pihak Inggeris ada membuat kacau terhadap Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu melalui sekutu mereka iaitu orang Tha’ai melalui beberapa siri pertempuran.
Orang Tha’ai ni takut nak berperang lalu mereka menggunakan askar upahan dari orang Sha’an yang tinggal di Selatan China dan juga mendiami wilayah Cheng Rai.
Orang Sha’an inilah yang orang Inggeris panggil ‘Siam’. Orang Kedah menggelar mereka ‘Siam Perut Hijau’ kerana mereka ini kejam dan boleh makan apa sahaja binatang yang boleh dimakan.
Orang Sha’an ini akan membawa kepala orang Melayu yang mereka bunuh kepada orang Tha’ai untuk digantikan dengan wang ganjaran.
Disamping itu orang Inggeris juga mendapat khidmat sebagai askar upahan dari orang Batak, Bugis (Austronesia dan bukan Melayu Makasar) dan sebagainya (tidak dari kalangan orang Melayu) bagi melemahkan kedudukan Kesultanan Melayu di Tanah Melayu. (Kenyataan oleh Sir William Cameron)
Ada diantara Residents Inggeris yang bekerja di Tanah Melayu pernah bekerja di India dan Ceylon (seperti JWW Birch) yang telah menjadi sebahagian dari tanah jajahan Inggeris.
Bila bekerja di Tanah Melayu, mereka membawa perwatakan seperti ‘penjajah’ kepada Tanah Melayu. Ini adalah kesilapan mereka terhadap orang Melayu yang membuatkan orang Melayu membuat penentangan terhadap Inggeris. Berikut adalah antara kenyataan Frank Swettenham mengenai perkara tersebut.
“Mr. Birch began life as a midshipman in the Royal Navy. He abandoned the sea for Government employment in Ceylon, where he spent the best years of his life, and was promoted to be Government Agent of the Eastern Province, one of the highest positions in the Island. In 1870 Mr. Birch was appointed Colonial Secretary of the Straits Settlements, and when Major-General Sir Andrew Clarke, R.E., then Governor of the Straits Settle-ments, concluded the Pangkor Treaty with the Perak Chiefs in 1874 and introduced a new departure in the relations between the British Government and the Malay States, he selected Mr. Birch for the difficult post of adviser to the Sultan of Perak”. (The Real Malay, Sir Frank Athelstane Swettenham,1899)
“Mr. Birch assumed his duties in the end of 1874, and very soon found that, looking to the people with whom he had to deal and his own powerlessness to enforce an order, he had undertaken a well-nigh impossible task. At that time the Malay Peninsula was a terra incognita to white men, and the characteristics, customs, peculiarities and pre-judices of the Malay had yet to be learnt. Of all the States in the Peninsula Perak was probably the least well suited for the schooling of a Resident and the initiation’ of the interesting but dangerous experiment of Government by the advice of a British officer”. (The Real Malay, Sir Frank Athelstane Swettenham,1899)
Bagi tujuan untuk melemahkan kekuatan orang Melayu, pihak Inggeris telah membawa masuk ahli kongsi gelap dari China dan banduan dari India ke Tanah Melayu.
Pihak Inggeris juga bersubahat dengan orang Tha’ai dan orang Sha’an @ Siam bagi membuat kekacauan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pihak Inggeris juga telah mendapat bantuan askar daripada James Brook dari kalangan orang Dayak bagi membuat penentangan terhadap serangan orang Melayu.
Dalam catatan-catatan orang Inggeris, kalau Negara atau wilayah yang British kuasai secara mutlak mereka istilahkan sebagai ‘annexation’. Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak di ‘annexed’ cuma ‘protected’. (Mohamed Yusof bin Ahmad Adam Broughton, 21.3.2022)
Dari kenyataan-kenyataan di atas, sangat jelas bahawa Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh Inggeris tetapi mengapa Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan “MERDEKA” sebanyak 7 kali di hari pemasyhuran penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang telah berlaku di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957.
Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.[ Bernama (Januari 2007). “Celebrating 50 years of independence”]
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack seiring lagu kebangsaan British menandakan berakhirnya pendudukan British di Tanah Melayu; Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan berganti oleh anggota Angkatan Laut Tanah Melayu sambil disaksikan sendiri Tunku Abdul Rahman menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara dunia.[ “Detik Jam Tengah Malam Di Padang Kelab Selangor”. National Archive of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2011. Dicapai pada 24 April 2011].
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan. Catatan sejarah tersebut merupakan perkara tersurat yang cuba digambarkan terhadap perkara yang tidak benar mengenai sejarah Tanah Melayu.
Berkemungkinan antara perkara tersirat atas laungan “MERDEKA” tersebut ialah ‘merdekanya’ Tanah Melayu dari penguasaan Raja-raja Melayu terhadap Semenanjung Tanah Melayu berikutan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Persekutuan Tanah Melayu sudah mempunyai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan tidak lagi terikat dengan Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Tanah Melayu.
Maka itu ‘MERDEKA’ bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diberikan oleh Raja-raja Melayu dan bukannya oleh Raja British iaitu Ratu Elizabeth II.
Wallahu Taala Aklam.
Ar. Dr. Mastor Surat. 19.04.2022