Agama

Michelle Yeoh: Menang Trofi Oscar Selepas Jadi Ibu Terima Anak ‘Lesbian’

Majoriti rakyat Malaysia yang memuji Tan Sri Michelle Yeoh kerana memenangi trofi Oscar tidak mengkaji punca kemenangan beliau sebaliknya buta-buta menyokong tanpa usul periksa.

Lebih memalukan, majoriti rakyat Malaysia tanpa segan silu menyelar semula PU Syed, antara individu yang lantang bersuara bahawa kemenangan Michelle Yeoh tidak harus dibanggakan.

Hal ini demikian kerana fakta sebenarnya adalah Michelle Yeoh mendapat anugerah daripada Oscar selepas menjayakan sebuah watak dalam filem ‘Everything Everywhere All at Once’.

Ibu Dari Asia Terima Anak ‘Lesbian’ Demi Kebahagiaan Keluarga

Tidak dinafikan filem Everything Everywhere All at Once menyajikan sebuah cerita yang penuh debaran, pertarungan, fiksyen serta pengembaraan luar biasa.

Namun berapa ramai yang berjaya melihat mesej tersirat yang mahu didoktrin oleh produser, penulis skrip, pengarah serta para pelakon untuk menerima budaya ‘lesbian’ itu?

Kisah bermula apabila sebuah keluarga pendatang dari China cuba menetap di Amerika Syarikat bagi membina hidup baharu kerana di China, mungkin rakyatnya sudah tiada banyak peluang.

Evelyn merupakan seorang wanita China pertengahan usia yang bekerja di Amerika Syarikat
Evelyn merupakan seorang wanita pertengahan usia yang juga pendatang dari China cuba bekerja di Amerika Syarikat

Si ibu, Evelyn Quan Wang, lakonan Michelle Yeoh pada awalnya tidak bersetuju dengan pendekatan anak perempuannya, Joy Wang, lakonan Stephanie Hsu memiliki ‘teman wanita’.

Maka sebagai ibu dari Asia yang berpegang kepada adat resam dan budaya masyarakat yang suci, Evelyn membuang anak perempuannya itu daripada keluarga.

Tanpa disangka-sangka, di dimensi lain, anak perempuannya itu, Joy Wang, menjadi seseorang yang sangat jahat, ditakuti ramai orang serta memudaratkan banyak perkara.

Bagi seorang ibu, perkara itu tidak boleh dibiarkan dan Evelyn pun sama-sama merentasi dimensi bagi menyelamatkan anaknya, Joy Wang, daripada terus bertindak ganas.

Pada penghujung pengembaraan itu, Evelyn berjaya menyelesaikan kemelut yang berlaku sehingga pada dunia realiti, Evelyn akhirnya reda menerima situasi anaknya seorang lesbian.

Keredaan itu juga menjadi mesej tersirat utama untuk didoktrinkan secara halus kepada mana-mana generasi untuk menerima budaya LGBT dalam kalangan ahli keluarga, asalkan keluarga itu bersatu dan harmoni.

Joy is lesbian in Everything Everywhere All at Once
Evelyn akhirnya reda menerima anak perempuannya, Joy, seorang lesbian dalam Everything Everywhere All at Once.

Michelle Yeoh Juga Menang Kerana Perkenalkan Aksi Femdom

Pada dunia realiti, Evelyn ditampilkan sebagai seorang wanita China pertengahan usia yang tidak pandai bergaya, berbaju biasa dan wajahnya biasa-biasa sahaja.

Namun apabila merentasi dimensi lain, karakter Evelyn boleh berubah mengikut situasi sehinggakan turut mampu jadi kuat serta handal bertarung.

Dalam keasyikan itu, terselit juga detik Evelyn memakai topeng bermata tiga, mata ketiga berada di atas dahi dan ada yang berpendapat ia adalah simbolik kepada dajjal laknatullah.

Memang filem ini bukanlah mengangkat syiar Islam, menganggungkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW namun sebagai orang Asia, apakah budaya seks harus diterjemahkan secara visual?

Evelyn tanpa segan silu berpakaian seksi dan mempamerkan aksi femdom. Aksi femdom ini lebih kepada situasi lelaki rela diseksa oleh wanita dan wanita menjadi lebih dominan ketika melakukan hubungan seks.

Cebisan babak femdom dalam Everything Everywhere All at Once
Cebisan babak femdom dalam Everything Everywhere All at Once

Jadi apakah ini sanjungan dan sokongan orang Melayu serta umat Islam di Malaysia atas kemenangan Michelle Yeoh dalam Oscar baru-baru ini menerusi filem Everything Everywhere All at Once?

Jika sekadar melafazkan, “Kita sokong Michelle Yeoh kerana dia antara pelakon dari Malaysia yang menang Oscar, berjaya mengharumkan nama negara”, fikirkanlah semula.

Apa beza kenyataan itu dengan contoh, “Kita patut sokong datuk itu terus memberi derma, sebab derma itu kan baik?”, sedangkan realitinya, sumber wang itu adalah daripada aktivti jual dadah atau cuci duit haram?

Sokong Kejayaan Michelle Yeoh Kerana Filem Itu Ibarat Menghampiri Zina?

Dalam surah al-Isra’ ayat 32, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

Filem Everything Everywhere All at Once jelas mengandungi unsur tersebut walaupun tidak sampai 40 peratus seperti yang sering diucapkan orang ramai, “Eleh.. sikit jer pun.. takkan itu triggered“.

Maka jika melihat daripada kaca mata awam, PU Syed telah pun melakukan tugasnya, malangnya, bukan sekadar diselar umat bukan-Islam, yang memang Islam pun sama-sama naik ‘membodohkan’ tindakan tersebut.

Apakah kejayaan Michelle Yeoh dalam Oscar menerusi filem ini patut disanjung?

Jelas kita sudah berada di pengakhiran zaman dan jika kita tidak mampu berjihad, takut diselar seperti PU Syed, kongsilah artikel ini, mana tahu jika ada berkatnya, Allah SWT mengetahui niat kita untuk selamatkan umat.

Setiasalah berpegang dengan catatan Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.”

P/s: Jika yang meloncat kepanasan itu semuanya umat bukan-Islam, fahamlah kita. Maka jadi tugas kita untuk berdakwah bahawa mesej tersirat yang ada dalam filem ini amat buruk. Bukannya sama-sama naik ‘back up’ kejayaan Michelle Yeoh membabi buta. Asal menang, sokong. Asal kaya, sokong. Asal cantik, sokong!

Klik Untuk Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker