Sejarah

Merdekakah Tanah Melayu, Penjelasan Panel Ini Mengejutkan!

Bangsa Melayu memiliki pelbagai kehebatannya yang tersendiri sehingga banyak sejarah telah diputar belit dan diselewengkan oleh musuh.

Mereka melakukan hal yang demikian kerana tidak mahu bangsa Melayu terus dipandang hebat dalam tanah air sendiri.

Namun Felo Kanan, Jabatan Seni Bina Dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ar. Dr Mastor Surat, memiliki pendirian yang unik.

Katanya, Tanah Melayu langsung tidak dijajah sebaliknya orang luar yang cuba menawan Kesultanan Melayu Melaka terperangkap di Kota Melaka.

“Orang Melayu memiliki kehebatan dari segi memagar rumah, kebun dan sebagainya. Maka mustahil untuk orang Melayu tidak reti memagar Kota Melaka.

“Sebab itu kita lihat bukti ratusan tahun penjajah Portugis, Belanda dan British datang ke Tanah Melayu cuma banyak di Melaka,” katanya.

Mastor berkata demikian mengulas tajuk ‘Kita Sudah Merdeka : Sejarah Kita Bagaimana?’ dalam program Perbincangan Rakyat Demi Malaiu (PRDM) anjuran gabungan NGO Demi Malaiu.

Tambah Mastor lagi, keupayaan orang Melayu untuk memastikan kesejahteraan bangsa sememangnya tidak boleh dinafikan.

“Namun menyedihkan, kebolehan ini dikaburkan dengan sejarah yang diputar belit sehingga generasi hari ini tidak tahu apakah keupayaan orang Melayu terdahulu,” katanya.

Dari segi fakta tahun pula, Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Jamil Mukmin mengesahkan wujudkan pemesongan sejarah.

Mohd. Jamil yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Melaka (PSMCM) memaklumkan empayar zaman Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1262 pada kurun ke-13.

“Empayar zaman Kesultanan Melayu Melaka bukanlah dibangunkan pada tahun 1400 seperti yang ditulis oleh penulis sejarah dari Barat.

“Penemuan ini juga sekali gus membuktikan bahawa memang banyak sejarah orang Melayu telah diputar belit dan tidak diperbetulkan semula,” kata Mohd. Jamil.

Ujarnya lagi, terlalu banyak sejarah Melayu yang masih belum merdeka di mata bangsa Melayu pada hari ini.

“Jadi usaha untuk mantapkan ilmu sejarah agar bangsa Melayu dan agama Islam yang kita anuti akan terbela sehingga ke anak cucu,” pesannya.

Mengulas lanjut tentang peradaban Melayu, Mantan Professor UKM, Dr. Supyan Hussin menegaskan, bangsa Melayu adalah penduduk induk atau penduduk asal dalam Alam Melayu.

“Oleh kerana orang Melayu amalkan adat, budaya dan cara kehidupan yang terzahir di Alam Melayu, istilah bangsa Melayu adalah pendatang jelas tidak tepat.

“Tambahan pula, bukti-bukti ini jelas diperolehi menerusi kajian yang dilakukan dan kerana itulah, Melayu masih wujud sehingga ke hari ini,” katanya.

Bagi mengikuti rakaman penuh PRDM Siri 8/2021 dengan tajuk ‘Kita Sudah Merdeka : Sejarah Kita Bagaimana?’, sila klik link pautan.

 

Untuk menonton Kapsul PRDM, klik link berikut : https://www.youtube.com/playlist?list=PLdfK8byeoni6XQIq6Lvia5okbfBvdHE8o

 

Kalau anda suka membaca, boleh dapatkan transkrip penuh di sini. 

>> Transkrip 8 – Kita Sudah Merdeka, Sejarah Kita Bagaimana?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker