Berfahaman wahabi tidaklah sampai dicetak dalam kad pengenalan, melakukan perbuatan jenayah namun tidak ditangkap pihak berkuasa juga tidaklah sampai tertera perkataan penjenayah pada kad pengenalan.
Namun siapakah kita yang tiada pada tempat kejadian untuk melabelkan seseorang itu penjenayah atau individu yang menjulangkan fahaman wahabi dalam meluaskan dakwah?
Jelas dalam Islam, amalan mengaibkan seseorang itu bercanggah namun terdapat pihak dalam Malaysia mendakwa mana-mana pihak yang enggan menyebut nama si polan-si polan adalah bacul.
Jika rumah kita dimasuki pencuri dan pencuri tertinggal sebelah seliparnya, kita cuma boleh kata ciri-ciri yang ada pada pencuri adalah hilangnya sebelah selipar dan seliparnya jenis sekian-sekian.
Tidak diajar dalam Islam untuk kita melihat sahaja mana-mana orang yang mungkin tinggal sebelah selipar yang sama jenamanya itu, layak terus dihukum atau digelar pencuri dan sebagainya.
Sama juga dengan individu yang membawa pemikiran wahabi sama ada secara sedar atau tanpa sedar, tidak molek sebagai umat Islam menuduh dan melafazkan dengan mulut siapa nama orang berfahaman sedemikian.
Yang boleh diceritakan cuma ciri-cirinya dan kuasa untuk menghukum serta melabelkan itu bukanlah kuasa hambaNya namun terdapat trend yang memaksa nama-nama pihak ini disebut secara terbuka.
Alasan mereka, biarlah rakyat tahu dan sedangkan, ciri-ciri tentang bahayanya wahabi itu diperjelaskan agar umat Islam menggunakan akal fikiran mana salah dan mana benar.
Bukannya terima bulat-bulat apa yang orang kata sedemikian-sedemikian dan fatwa-fatwa negeri mengenai bahayanya wahabi jelas disiarkan, masih ramai pihak yang menafikannya.
Islam adalah agama yang harmoni serta tidak terlepas dalam menjelaskan ciri-ciri musuh Islam dan kepada mana-mana pihak yang mencetuskan permusuhan individu, hanya Allah SWT yang layak tentukan apa kisahnya!