Pada saat semua artis lelaki tampil dengan tuksedo daripada Barat, Beto Kusyairy menongkah arus dan selamba berbaju Melayu dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35).
Lebih manis, Beto diangkat sebagai pelakon filem paling popular dan selain menjulang trofi itu, seluruh peminat berpeluang untuk belajar bagaimana cara Beto menjulang jati dirinya sebagai seorang Melayu.
Namun demikian bagi kebanyakan artis wanita, pakaiannya masih tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjulang Perkara 3 (1) iaitu berkait dengan agama Islam.
Rata-rata artis wanita berpakaian ketat, tidak menutup aurat dan tampil dengan fesyen yang tidak menjulang jati diri sebagai seorang Melayu, seorang Islam dan seorang rakyat Malaysia!