Isu Semasa

Mengapa Sekolah Aliran Agama, Pondok, Tahfiz, Kafa Sering Diabaikan?

Nama saja gah, Islam Agama Persekutuan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan tetapi guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam aliran agama Islam di negara ini sering diabai dan terus dinafikan hak mereka.

Hak guru yang sepatutnya menerima elaun minimum pun belum dilaksanakan, apatah lagi prasarana sekolah aliran agama ini memang masih daif dan belum sepenuhnya diberi perhatian oleh kerajaan.

Lihat pemberian peruntukan untuk Sekolah Kafa, Tahfiz, apatah lagi Sekolah Pondok yang tidak terbela nasib tenaga pengajar dan pelajarnya.

Bukankah, sepatutnya kerajaan mendahulukan mereka dengan menaikkan segala bantuan dana kepada institusi tersebut setiap tahun. Ini tidak, sekali bising baru nak turun peruntukan itupun banyak yang terputus di tengah jalan.

Jika bukan Kerajaan yang membela nasib sekolah-sekolah agama, tahfiz dan sekolah pondok di Malaysia ini siapa lagi kita nak harapkan takkan kita nak minta bantuan dana dari negara luar pula.

Susahkah, untuk menaikkan bantuan dana kepada institusi pendidikan tersebut, kenapa ada pihak yang kepanasan jika elaun minimum guru KAFA dinaikkan sebanyak RM1,500 misalnya.

Sampai bila, isu ini akan menemui titik noktah yang terbaik dan nasib mereka terbela?

Beberapa kali pihak NGO menggesa Kerajaan menyemak kembali elaun guru KAFA dengan harapan agar ianya dapat diputuskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tetapi masih sayup kedengaran khabar beritanya.

Sebaliknya, kerajaan lebih berminat untuk mengambil berat hal ehwal sekolah Vernakular dengan UEC nya yang umum pun tahu ia berkiblatkan fahaman komunisme yang jauh menyimpang dari aliran kebangsaan.

UEC ini sudahlah secara terang-terang memecah belah perpaduan. Malah, mereka sudah sedia kaya raya dan terbela nasibnya ditambah pula dengan peruntukan melampau saban tahun.

Adalah lebih baik Kerajaan menarik kembali ke semua kemudahan yang telah diberikan kepada sekolah swasta tersebut yang sememangnya tidak ada hak pun jika nak dikirakan.

Sedangkan, ia sebenarnya adalah hak dan peruntukan buat sekolah-sekolah Kerajaan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah-sekolah aliran agama di negara yang meraikan agama Islam sebagai agama Persekutuannya.

Di mana keadilan itu nak diletakkan? Di mana pula hak Islam ini nak dikesampingkan?

Di mana pula rasminya Islam di Malaysia ini dan di mana pula Persekutuannya Islam di tanah air ini jika apa saja berkaitan Islam akan dianaktirikan. Semuanya akan dikemudiankan.

Tunggulah, giliran kamu pula nanti untuk ‘dikemudiankan’ bila sampai masanya untuk dihitung amal perbuatan di neraca timbangan kerana mengabaikan hak kepada mereka yang sepatutnya didahulukan. Bersedialah!

Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker