Agama

Membudayakan Selawat Dalam Khutbah Jumaat Wajar Dilaksanakan!

Budaya berselawat dalam khutbah Jumaat wajar dilaksanakan kerana negara kita dalam tempoh 10 tahun ini mengalami pelbagai ujian dan masa depan kita dikhuatiri akan berdepan dengan cabaran-cabaran yang besar. Jelas sekali secara amnya tahap keimanan dalam masyarakat semakin hari semakin merosot.

Ini boleh dilihat bilangan anak luar nikah yang sentiasa meningkat, pengamal fahaman liberalisme semakin meningkat, bilangan orang-orang murtad semakin bertambah, dan pengikut ajaran sesat juga semakin bertambah.

Gabungan Demi Malaiu melihat ada kelompongan dalam pengamalan Islam di tanah air. Di mana secara kasarnya kurang usaha untuk memupuk sifat cinta kepada Nabi SAW secara arusperdana. Kehidupan bermasyarakat kita kurang membudayakan amalan berselawat yang mempunyai fadhilat-fadhilat yang khusus dan am kepada individu serta masyarakat.

Antara fadhilat berselawat adalah seperti berikut:

  1. Menghapus Sepuluh Kesalahan
  2. Memperoleh Syafaat
  3. Mendatangkan Seratus Kebaikan
  4. Masuk Syurga
  5. Mendapat Ampunan

Tujuan kenyataan ini ditulis adalah untuk mengajak orang awam untuk memulakan budaya menjawab selawat di dalam khutbah ke-2 di mana surah al-Ahzab ayat 56 dibaca. Budaya menjawab perintah dalam ayat ini oleh Jemaah dengan suara yang sederhana serentak boleh menimbulkan satu perasaan kepautan hati dan mengejutkan mereka yang sedang tidur selain menjemput fadhilat-fadhilat berselawat daripada Allah SWT.

Merujuk kepada Al Kafi #881 keluaran Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan:

  • Harus walaupun dibaca kuat: Bahkan disunatkan. Inilah padangan rajih dalam Mazhab Syafie. Mereka mengatakan diharuskan untuk menguatkan suara bagi berselawat semasa khatib membaca firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” – (Surah al-Ahzab: 56)

juk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (4/592).

  • Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (4/592)

Berkata Imam Abu Hussein al-Imrani: “Sekiranya hukum mustahab (sunat) ke atas seseorang untuk berdoa mendapatkan rahmat semasa dibaca ayat tentang rahmat, dan memohon perlindungan ketika dibaca ayat azab, maka begitu juga hal ini (yakni selawat).”

  • Rujuk al-Bayan (2/600)

Namun diharamkan untuk menguatkan suara secara melampau. Berkata Imam al-Azraie: “Bukanlah maksud boleh menguatkan suara ketika selawat itu sehingga melampau, seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang awam. Malah, perbuatan menguatkan suara secara melampau itu adalah bid`ah perlu diingkari!”

Seperti yang berlaku di Brunei dan Singapura khatib akan berhenti sejenak selepas membaca surah al-Ahzab ayat 56 untuk membenarkan Jemaah secara keseluruhan menjawab bersuara dengan selawat yang pendek dan khatib menyambung khutbah. Adalah disyorkan amalan ini dihidupkan di Malaysia dengan niat memohon meramaikan rakyat Malaysia berselawat kepada Nabi SAW dan dijauhi ancaman yang ada dalam surah al-Ahzab ayat 57.

Sesungguhnya (terhadap) orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan azab yang menghinakan bagi mereka.” – (Surah al-Ahzab: 57)

Kami menyeru agar umat Islam di Malaysia sama-sama mengubah budaya yang ada sekarang ini di dalam khutbah Jumaat dan membudayakan berselawat sebagai satu usaha untuk menjemput rahmat Allah SWT di dalam zaman yang penuh cabaran dan ujian.

Sumber: Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker