AgamaIsu Semasa

Melayu yang Terikut

Melayu merupakan bangsa yang mudah terikut budaya yang tengah terkenal. Sikap mengikut saja ini sudah sebati sejak dulu lagi. Lihat saja setiap masa akan keluar trend baru tidak kira masa dan keadaan. Lihat sahaja trend ketika Aidilfitri ini dengan kemunculan lagu Alamak Raya, Tarian Kecak, dan juga glambot Raya. Ini semua menunjukkan orang Melayu ini sangat senang untuk mengikuti mana-mana trend yang sedang viral. Kadang-kadang, ada setengah trend ini sampai mendedahkan aurat dan menghilangkan malu seorang Muslimah sehingga sanggup terkinja-kinja. 

Malah ibu bapa dan golongan berumur juga dilibatkan dalam trend. Malah kalau orang berumur jika terlibat sekali dikatakan ramah dan tak sombong. Manakala jika yang tidak sertai trend itu dikatakan buta trend, sombong, dan tidak pandai bergaul.  

Ini sangat bertentangan dengan hadis Nabi: 

 bersabda: صَلىّ اللهه عَلَيْهِ وَسَلمَّ bahawa Nabi  ,رَضِيَ ٱلٰلَّ ه عَنْه هDaripada Abu Hurairah

 وَالحَياَءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَا نِ

Maksudnya: “Malu itu adalah sebahagian daripada keimanan.” (Riwayat al-Bukhari)

Manakala dalam satu riwayat yang lain pula:

“Malu dan iman itu adalah teman yang seiring jalan. Jika salah satu daripadanya terangkat (tiada), nescaya terangkat (tiada) juga yang satu lagi.” (Hadis riwayat Muslim)

Perbincangan sifat malu ini telah diterangkan dalam kitab Akhlak Muslim  karya Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Beliau menerangkan pada zaman Nabi Musa terdapat beberapa unsur kekerasan dan manakala pada zaman Nabi Isa terdapat ciri kelembutan. Manakala dalam Islam mengisyaratkan bahawa tingginya nilai keimanan dan kesopanan seorang Muslim supaya menjauhkan diri daripada sifat yang terkeji. 

Namun, pada masa kini orang Melayu lebih mengikuti trend yang viral di media sosial. Lelaki dan perempuan sama-sama sanggup untuk bergelek, bergoyang, dan terkinja-kinja seakan tiada rasa malu. Saban hari ada saja trend yang nak diikuti. Setiap kali nak ambik gambar pasti kita buat simbol Peace.

Namun, kita tahu tak apa makna daripada simbol yang selalu kita buat ini? 

Adakah kita sekadar mengangkat tangan dan menggayakan apa-apa simbol sebelum dikaji dulu?

Bukan sekadar simbol Peace, Two Hand Salute, dan V Sign. Semuanya dibuat oleh ramai anak Melayu tidak kira umur. Sama ada kita sedar atau tidak. Kebanyakkan simbol tangan ini membawa maksud yang tertentu. Malah ada yang lagi teruk membawa kepada arah pemujaan syaitan lagi. Tak takut ke kita dengan sengaja buat simbol-simbol macam ini? Ramai yang setiap kali bergambar membuat tanda Peace atau V sign. Simbol digunakan oleh tokoh popular seperti Yasser Arafat, Richard Nixon, dan Winston Churchill pada Perang Dunia II. Winston Churchill bila ditanya berkenaan simbol ini menegaskan bawah ia sebagai tanda penentangan dan simbolik kepada kejayaan. Sedangkan beliau sendiri ahli pertubuhan elit global Freemason. Menjadi Master Mason lagi pada 25 March 1902.

Baca juga>> Melayu Pulau Cocos: Orang Asli di Australia

Sewaktu pergi konsert, semua anak Melayu terkinja-kinja melompat seperti beruk macam cacing kepanasan sambil buat tangan rock. Ya Simbol Rock. Dikenali sebagai Hand Of The Sign juga Simbol ini sangat popular ketika persembahan Dior daripada kumpulan Black Sabbath. Simbol ini menjadi cukup popular dan sebati dalam budaya Rock dan Metal tanah air. Anak Melayu asal ada benda popular je mesti kerja nak mengikut saja. Pada agama Buddha simbol ini bermaksud untuk menghalau syaitan, mengeluarkan aura negatif, dan melindungi diri daripada gangguan roh jahat, iblis, dan syaitan. Terdapat patung Padmasambhava yang merupakan pengasas kepada Buddha Tibetism menunjukkan tanda Karuna Muda (Hand of the Sign). Patung ini bertempat di Namchi, India. 

Amalan mengikut trend ini telah dicipta oleh mereka yang hidup berpaksikan kepada hiburan sematamata. Ini dapat dilihat apabila penuhnya budaya hiburan di television kita. Daripada America Got Talent, The Voice, Gegar Vaganza, Bintang Kecil, dan Kilauan Emas. Semuanya program bersifat hiburan. Daripada kanak-kanak hingga orang tua. Semuanya berhibur sahaja. 

Bukan kah ia satu benda yang ironik apabila menyanyi dan menari untuk 14 minggu dan apabila diumum juara. Maka terus sujud syukur dan mengucapkan Allhamdulillah. Ini langsung tidak dapat diterima dengan akal yang waras.

Sebenarnya bangsa Melayu ini sebenarnya penuh dengan adab dan sopan santun. Kita mempunyai akhlak seperti yang digariskan dalam Al-quran dan hadis. Orang Melayu penuh dengan kelembutan dan kesopanan namun apabila haknya dirampas, tidak segan orang Melayu untuk mengambil kembali hakhak yang hilang. Bangsa Melayu ini penuh dengan sifat-sifat positif malah menjadi kebanggaan apabila mereka menjadi anak perantauan. 

Seharusnya Orang Melayu ini melazimi pesanan Pendeta Za’aba. Ini adalah satu amanat yang tidak lapuk ditelan zaman.

Pada tanggapan Za’ba, perangai bergantung kepada diri sendiri ini adalah di antara sifat-sifat kelebihan yang membawa kepada ketinggian umat dan kemajuannya. Apabila terdapat pada sesuatu bangsa yang mempunyai perangainya kuat bergantung kepada kebolehan dirinya sendiri dan tidak memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain, nescaya bangsa itu akan maju dan berdiri megah;

“Sesuatu negeri dan bangsa menjadi naik atau turun, menjadi maju atau ketinggalan, ialah semua itu terikat sebabnya kepada sifat-sifat keadaan diri tiap-tiap seorang tunggalnya yang menjadikan bangsa itu atau yang menduduki negeri itu. Terutama di antara sifat-sifat itu ialah keadaan

bagaimana kuatnya atau kurangnya tiap-tiap seorang mereka itu memegang dan mengamalkan perangai bergantung kepada diri sendiri ini. Kerana yang dikatakan ‘bangsa’ itu ialah suatu tubuh

atau kumpulan yang terjadi daripada perhimpunan diri-diri tunggalnya. Maka diri-diri tunggal yang

berkerja dengan usaha yang kuat dan cergas, apabila banyak bilangannya dalam bangsa itu, tetaplah

akan menjadikan bangsa itu kuat dan cergas. Tetapi sebaliknya diri-diri tunggal yang malap lembap dan lemah usahanya, apabila ramai adanya, tetaplah pula akan

menjadi bangsa yang lemah”

(Za’ba, 2007: 7)

Apabila kita terlalu mengikut budaya daripada luar yang tidak diketahui mana baik buruknya. Maka apa yang akan jadi pada warisan kita? 

Adakah kita tidak mengetahui bahawa orang Melayu mempunyai falsafah dalam kehidupan seharian. Daripada dia mula membuka mata sehingga memejamkan mata. Segalanya mempunyai falsafah. Daripada anyaman, seni bina, tarian, budaya setempat semuanya mempunyai himah dan falsafah. 

Sudah-sudahlah hanya mengikut sahaja budaya di luar itu. Jangan selalu meniru seakan kita tiada identiti dan budaya yang hendak diwariskan. 

Menarik: Unik! Sistem Raja Melayu Hanya Satu Dalam Dunia

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker