Kenapa Melayu tidak akan diakui sebagai anak watan kalau Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 tak pernah wujud?
Ini adalah kerana Persekutuan Tanah Melayu tidak akan terbentuk dan akan diganti dengan Malayan Union.
Di dalam konsep Malayan Union, semua bangsa akan dianggap sebagai sama, tiada keistimewaan akan diberikan kepada penduduk asal Tanah Melayu dan sekali gus, menafikan orang Melayu sebagai orang asal di Tanah Melayu.
Semasa kedatangan British ke Tanah Melayu, mereka telah membahagikan negara-negara di Tanah Melayu kepada beberapa bahagian, iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Bagi negeri-negeri Selat, kaum imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu akan diberikan kerakyatan secara automatik. Namun, untuk negeri yang lain, mereka masih belum lagi mendapat keistimewaan seperti di negeri Selat.
Landskap politik di tanah Melayu hampir berubah semasa British membawa visi mereka ke Tanah Melayu untuk menyatukan semua negeri yang berada di wilayah ini untuk di letakkan di bawah satu kuasa politik yang dinamakan sebagai Malayan Union.
Di dalam sistem Malayan Union, bukan sahaja kuasa raja-raja kan dihapuskan serta merta, bahkan hak kerakyatan akan diberikan secara ‘percuma’ kepada kaum imigran yang berada di Tanah Melayu tanpa syarat yang ketat.
Ini sama sekali menunjukkan rasa tidak hormat akan sensitiviti rakyat tempatan oleh pihak British. Sebagai orang asal di Tanah Melayu, mereka layak untuk dihormati sebagai tuan tanah dan penjaga kepada negeri-negeri tersebut.
British pula sesuka hati mahu memberikan kerakyatan kepada mereka seperti tanah tersebut milik mereka sedangkan orang Melayu yang berhempas pulas menjaga, mentadbir, membangunkan serta mempertahankan tanah milik mereka.
Kerana sayang dan semangat anak watan kepada tanah milik mereka, orang Melayu bermati-matian menentang pembentukan Malayan Union di mana gerakan penentangan ini dicetus oleh 7 orang Muar.
Akhirnya, hak yang ada pada kaum penghijrah dan rakyat British yang mendiami Negeri-Negeri Selat hanya wujud setelah mereka diberikan kewarganegaraan Tanah Melayu atas perkenan Raja-Raja Melayu.
Bahkan, kedudukan kerakyatan khususnya Melayu telah diberi perhatian serius melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Walaupun orang Melayu berjuang untuk mempertahankan hak mereka namun, mereka tidak langsung mengabaikan hak kaum imigran kerana kewarganegaraan kepada kaum penghijrah tetap juga diberikan kerana adanya tolak ansur orang-orang Melayu kepada mereka.
Boleh sahaja jika orang Melayu mahu mereka diusir daripada Tanah Melayu, namun kerana adanya sikap prihatin dan perikemanusiaan, orang Melayu sanggup berkongsi dan bertolak ansur dengan mereka.
Namun, bak kata pepatah Melayu, dah bagi betis nak paha, amat sesuai sekali dikaitkan dengan situasi yang berlaku di dalam Malaysia zaman kini. Mereka seolah-olah seperti kacang yang lupakan kulit.
Lebih parah lagi, “golongan yang berfikiran liberal atau masih menggunakan premis pemikiran Barat menjadikan pegangan kontrak sosial satu alasan untuk mempertikai kedudukan Islam sebagai undang-undang watan (law of the land), kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai bayangan Allah SWT di atas muka bumi (zullullah fil ardi), seterusnya hak istimewa orang- orang Melayu dan status bahasa Melayu adalah suatu kedudukan yang diwarisi”.
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com