Korang mesti selalu dengar kan ayat Melayu Malas nie tapi korang tau tak macam mana istilah melayu malas nie boleh jadi popular sangat?
Istilah Melayu malas nie dipopularkan Tun M sewaktu berucap dalam Kongres Maruah Melayu. Logik beliau, melayu malas nie berdasarkan pengamatan Tun M di mana beliau melihat orang melayu nie ramai yang ‘tidak sanggup membuat kerja berat dan kasar kerana berasa ia pekerjaan hina serta berpendapatan kecil’.
Tapi.. betul ke apa Tun M cakap?
Melayu kerja sawah
Sebelum merdeka, ramai orang melayu yang bekerja sebagai petani, nelayan dan kerja-kerja kampung yang lain. Dan kerja-kerja nie kerja yang susah , perlukan banyak tenaga tapi pendapatan kecil je.
Sehingga masa kini pun masih ramai lagi orang melayu yang buat kerja-kerja kampung nie. Yang mengusahakan sawah, ladang sayur, penternak kambing, nelayan tu semua siapa, hatta sampai hari nie pun kan?
Tapi yang menjadi permasalahan sekarang nie, orang melayu masa tu cuma buat kerja-kerja nie hanya kais pagi makan pagi.
Bukan dalam skala yang besar. Ianya bukan lah diusahakan untuk perindustrian tetapi hanya runcit yang kecil-kecilan sahaja.
Habis tu kalau melayu rajin, kenapa melayu tak kaya?
First of all, korang kene tahu yang British nie memang menyebelahi orang Cina sejak awal lagi, sampaikan masa tu lebih kurang SATU JUTA orang Cina dibawa masuk dalam TM dan setiap individu tersebut telah diberikan tanah sebagai hak milik hasil perundingan Kontrak Sosial dengan orang melayu itu sendiri. Ini semacam inisiatif british nak suruh orang cina nie duduk terus la dekat TM.
Jangan ingat orang cina nak jadi warganegara Malaya masa tu sebab dia cintakan negara kita. Tidak sama sekali! Diorang nie nak jadi rakyat Malaya sebab diorang tak nak balik ke negara asal mereka disebakan isu politik tu la. Lepas tu nak ambil tanah milik orang pulak!
Lepastu pulak, tanah yang orang Cina dapat tu tu bukan biashe-biashe dikkk. Tanah value dia tinggi. Tanah lombong emas, bijih timah. Nak compare dengan tanah orang melayu yang lain pulak tanah kat kampung je. Apa la sangat kan.
Kata Dr. Zaharah, “Sekarang di Malaysia, 60 peratus daripada keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing…. Tanah rizab Melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus”. Sebelum ini, beliau pernah menulis surat pasal isu ini kepada Kerajaan. Tapi hasil habuk pun tara. Seram kan.
Apa yang membuatkan orang cina nie boleh jadi kaya lagi adalah dorang nie dapat loan dari bank-bank macam OCBC dan Hong Kong bank dengan cara dorang boleh cagar tanah diorang yang diberi oleh british tu untuk dapatkan modal niaga dalam skala yang besar. Bank-bank nie pulak diorang tak nak bagi cagaran atau loan kat orang melayu, hanya orang cina je yang boleh apply.
Kalau nak diikutkan, orang cina ni bukannya berjaya sebab kerajinan dorang 100%, tapi dek kerana besarnya modal diorang, jadi diorang dapat la mewarisi kekayaan ‘hadiah’ nenek moyang diorang dan British.
Ibaratnya, kalau seseorang tu datang dari keluarga yang kaya, ada banyak harta, ada perniagaan, so senanglah orang tu nak make more money, berbanding kalau orang tu datang dalam keluarga yang susah, nak mendaki puncak nak jadi kaya tu bukan senang dikk.
Jadi, kenapa tak bagi je modal dekat orang melayu untuk usahakan dalam skala besar?
Usaha yang sama ada jugak dibuat untuk orang melayu, dengan cara ada beberapa pihak yang cuba untuk buka bank untuk orang melayu, nak bagi cagaran dan loan dekat orang melayu, cara yang sama macam orang cina buat.
Tapi malang tidak berbau, usaha Maarof Zakaria, tidak kesampaian apabila beliau dibunuh gara-gara mahu menubuhkan bank untuk membantu orang melayu dari segi pembangunan yang diberi nama Bank Kebangsaan Melayu (Malay national Bank)
Apa yang lagi menyedihkan, dalang disebalik pembunuhan Maarof Zakaria sampai sekarang masih lagi tidak diketahui. Seems fishy kan?
Menurut anaknya, allahyarham Mustapha Maarof, seorang anak seni yang disegani dalam industri perfileman Malaysia, berkata, beliau mahu pembelaan terhadap nama baik ayahnya kerana ada sesetengah pihak menganggap ayahnya membunuh diri.
So sampai sekarang, tiada effort yang sama dilakukan untuk meneruskan perjuangan Maarof Zakaria nie. Tapi, kalau kita tengok, kerajaan kita ada jugak buat usaha untuk membantu orang bumiputera nie. Sebagai contoh, DEB, dasar ekonomi baru, dimana DEB nie diperkenalkan selepas merdeka.
Jadi Melayu Ni Tak Malaslah?
Malas ni sebenarnya subjektif. Bukannya terletak kepada sesebuah kaum. Dalam kalangan melayu sendiri, of course ada yang malas.
Kaum cina tak kan takde yang malas. kalau nak cakap mat salleh tu ada je yang malas. ramai je mat salleh yang tak bekerja disebabakna kerajaan diorang dah bagi elaun dekat diorang. so buat apa susah-susah lagi nak kerja kan.
Dari sudut pandang Tun M pulak, mungkin ada benarnya melayu itu malas, disebabkan kurangnya penglibatan orang melayu dalam sektor 3D. Tapi nak ikutkan, orang cina pun tak ramai yang libatkan diri dalam sektor nie. pernah ke kita nampak orang cina buat kerja buruh, bancuh simen semua tu? Tak pernah kan.
Tapi disebabkan orang cina nie ramai terlibat dengan perniagaan, agaknya tak nampak la orang cina sebagai pemalas. kalau nak dibandingkan dengan orang melayu yang hanya makan gaji sahaja. Tapi nie berbalik la kepada cerita kat atas kenapa ramai orang cina yang terlibat dengan bines dan bukan orang Melayu.
Tapikan, lately nie ramai kan kita nampak orang melayu yang kaya berbisnes, kalau tak kaya pun kita nampak ramai yang dah libatkan diri dalam bisnes kecil-kecilan, yang besar mungkin belum nampak lagi. Tapi siapa tahu mungkin suatu hari nanti? In shaa allah.
So apa kita anak melayu nie perlu buat?
Kita sepatutnya buktikan yang nak melayu nie bukan pemalas seperti andaian kat luar sana. Bukan nak tunjuk kita nie rajin je, kita kene tunjuk yang kita nie bukannya senang-senang nak diperkotakkatikkan oleh orang lain. Teguhkan jati diri. rasa cinta akan bangsa sendiri tu kene ada.
Bukalah mata hati bukan mata zahir semata.