BudayaSejarah

Melayu pandai ‘Claim’ mereka pelaut handal dunia?

Bangsa Melayu dikenali sebagai pelaut yang handal sehingga sejarah merakamkan kisah tawanan Melayu, Panglima Awang atau turut dikenali sebagai Enrique menjadi sebahagian watak penting dalam pelayaran Ferdinad Magellan mengelilingi dunia.

Kapal Samudraraksa yang kini dipamerkan di Borobudur, Magelang, Indonesia menjadi bukti kehebatan pelayar Melayu zaman silam meneroka setiap pelosok dunia terutama pada era kegemilangan Empayar Srivijaya sekitar abad ke-7.

Samudraraksa yang dibina semula dalam tempoh enam bulan berdasarkan ukiran asal pada dinding Candi Borobudur, turut mampu membelah lautan dalam pelayaran selama tujuh bulan menuju ke Ghana sebaik pembinaannya selesai sekitar 2002.

Selepas menyempurnakan pelayaran ke Afrika Selatan, komponennya diceraikan sebelum dihantar semula ke Indonesia untuk dipasang dan dipamerkan di muzium di Borobudur.

Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing atau isi dengan kuku.

 Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan kapal.

Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan.

Namun yang anehnya mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau nama Sepanyolnya Enrique?

Mengapa Columbus gagal mengelilingi dunia? Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak diendahkan Columbus.

Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi dan ‘sixth sense’ semulajadi tentang laut yakni bangsa Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke Sumeria, bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan berdagang.

Baca juga>> Bon Odori, Anak Melayu Seronok Berpesta Syirik!

Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh Columbus.

Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan, ahli pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.

Melayu dikenali sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang pelaut, meredah lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi hebat dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut, seseorang harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan ranap di tengah ombak gelora lautan.

Orang Melayu mempunyai seni pelayaran.Ia boleh dianggap sebagai deria keenam orang Melayu yang tidak dimiliki bangsa lain di dunia.

Bahkan ada pendapat mengatakan memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula dari kurun pertama masihi.

 “Pada kurun ketiga pula kapal tujuh tiang yang boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”

“Melayu ialah mereka yang tidak akan berjalan kaki selagi perahu mereka boleh sampai. Tidak akan berumah di tanah kering selagi ada tanah berpaya,” itu antara petikan Sejarawan dan mantan pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Ahmad Jelani Halimi.

Petikan di atas menjelaskan jati diri orang Melayu sebelum kedatangan orang asing. Mereka dikenali sebagai bangsa pelaut sehingga mempunyai undang-undang lautnya sendiri.

Hal itu dikongsi beliau dalam kertas kerja Undang-undang Laut Melayu: Undang-undang Laut Melaka dan Versi-versinya “ dalam Persidangan dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

Tegasnya, undang-undang laut Melayu adalah antara undang-undang laut yang tertua pernah diketahui walaupun hanya terkanun pada sekitar akhir abad ke-15.

Menurut Profesor Lynda Shaffer dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, orang Melayu mampu merentas laut sejauh ribuan batu tanpa bergantung kepada carta pelayaran bertulis dan kompas.

Ini dicapai dengan cara membaca pergerakan angin, bintang, warna air laut dan bentuk gelombang laut bagi mengetahui lokasi sesebuah kawasan. Ada ketikanya, mereka turut memerhatikan tingkah laku haiwan dan tumbuhan laut tertentu bagi mengetahui lokasi sebenar mereka dengan tepat.

Menarik: DAH AKHIR ZAMAN BILA NAK BANGKIT WAHAI MELAYU (PROF.DR.MOHD RIDHUAN TEE BIN ABDULLAH) 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker