Agama

Melayu Moden Terputus Ilmu Tasawwuf Menepati Agenda Licik Pentaksub Dajjal

Seseorang manusia itu akan menjadi insan yang cemerlang jika lengkap rukun agamanya dalam menjadi kehidupan sebagai hamba Allah SWT.

Apakah itu rukun agama? Umum harus mengetahui rukun agama mencakupi rukun Islam (feqah), rukun iman (akidah) dan rukun ehsan (tasawwuf).

Hatta dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pun, Mat Kilau sesuai diangkat sebagai ketua kerana beliau menguasai ilmu persilatan dan ilmu tasawwuf.

Disebabkan itulah perjuangan Mat Kilau dan rakan-rakannya cukup digeruni orang asing yang cuba menyebarkan dakyah berteraskan agenda dajjal.

Pahlawan Melayu Bukan Benci Orang Asing

Orang-orang Melayu suatu masa dahulu bukanlah membenci orang asing, tiada satu niat pun yang terlintas di hati malah masing-masing senang berasimilasi di Tanah Melayu.

Dalam erti kata lain, datanglah mereka dari Yaman, datanglah mereka dari Hadramaut, mereka boleh berasimilasi menjadi orang Melayu tanpa isu yang mengarut.

Hal ini demikian kerana orang-orang Melayu sanjungi Islam, cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW namun trend tersebut berubah apabila agenda memurtadkan orang Melayu dilaksanakan.

Maka penentangan pahlawan Melayu bukan semata-mata berkait dengan cukai atau isu-isu duniawi semata-mata sebaliknya ia berkait dengan menjaga akidah dan ukhrawi.

Ibaratnya datang tempat orang, sengaja buat kacau serta mahu tukar agama ‘tuan rumah’ pula dan yang peliknya, ada Melayu yang terpengaruh dengan dakyah tersebut.

Pentaksub dajjal melihat kuatnya orang Melayu atau umat Islam yang lain adalah jika mereka memahami dan beramal untuk menguasai ilmu tasawwuf.

Disebabkan perkara ini, ada Melayu dilantik menjadi lidah mereka dan memburukkan amalan tasawwuf, silat dan banyak lagi untuk memusnahkan jati diri anak-anak bangsa.

Apakah Tiada Kerosakan Anak Melayu Hari Ini?

Hari ini.. orang-orang Melayu ada yang menjulang pemikiran sekular, liberal, membawa gaya hidup LGBT dan bermacam-macam lagi akibat akar (rohani) manusia itu dibunuh.

Masih mahu berkata tidak penting untuk belajar menguasai rukun agama sebaik mungkin sebelum tubuh ini ditinggalkan dan kita harus tempuhi perjalanan seterusnya?

Ramai yang berkata cukuplah belajar agama di sekolah agama atau subjek pendidikan agama Islam untuk lulus peperiksaan, namun apakah benar ia sudah cukup buatkan kita kenal Allah SWT?

Fikir-fikirkanlah.. sesungguhnya musuh-musuh Islam akan terus berkata yang bukan-bukan dan memburukkan perkara yang baik agar boleh mempengaruhi orang lain.

Sama seperti British yang mengatakan Mat Kilau adalah perompak dan pembelot, sedangkan Mat Kilau berjuang demi menjaga akidah bangsa agar tidak dimurtadkan pentaksub dajjal!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker