Sejarah

Melayu Moden Menolak Kuasa Tangan Ghaib Selagi Tak Boleh Dibuktikan Secara Saintifik

Janganlah baca apa yang ditulis oleh Melayu. Dalilnya lemah. Yang ada cuma cerita mulut ke mulut. Tak ajar di sekolah.

Percaya apa yang diajar di sekolah, tulis dari pakar kelahiran penjajah selepas merdeka, yang tak sekolah jangan terima.

Meskipun nenek moyang hebat berubat, yakin pada Allah SWT, hanya gunakan sumber alam, khasiat itu dinikmati.

Meskipun nenek moyang hebat dalam bidang pertukangan, bina kapal, hasilkan besi, merentas lautan bergelora.

Meskipun nenek moyang pandai bertenun, hasilkan kain berkualiti seperti cindai, lalu habis diculik sang penjajah.

Sekali mereka tak masuk sekolah, tak belajar sistem pendidikan barat, tak fahami buku teks sekolah, mereka bodoh.

Mereka bodoh dan tak layak diterima pandangan mereka untuk kesejahteraan Melayu Islam sehingga akhir zaman.

Inilah yang dibisikkan oleh generasi Melayu hari ini, disokong oleh ahli politik dan sistem yang meruntuhkan jati diri.

Semuanya kerana kehebatan Melayu itu dimusnahkan sebelum merdeka, hatta manuskrip pun gagal diselamatkan.

Jadi memang jelas, nak cari di mana lagi sumber-sumber ini? Nak ditulis, mereka yang saksi mati dibunuh.

Mencari yang jujur? Dipaksa suap dengan nikmat dunia agar menulis apa yang perlu dibaca, jangan menyongsang.

Berjangkitlah perangai itu sehingga ke hari ini apabila ada yang bercakap, pengkhianat itu masih ada, Melayu menolak.

Apabila dikatakan ada tangan ghaib yang menyusun atur kehidupan sistem, dimintanya kita menyebut siapa.

Sedangkan rasa masin itu pun sukar digambarkan, mahu dijelaskan secara saintifik? Sudikah Melayu duduk dengar?

Sedangkan di mana kedudukan malaikat Raqid dan Atid pun kita tak tahu, takkan mahu mengatakan ia tidak wujud?

Inilah antara kerahsiaan yang ada di sekeliling kita dan meskipun Melayu diberi nikmati memiliki ilmu, berdiamlah.

Berdiam bukan kerana kedekut tetapi persiapkanlah diri untuk berdebat dengan kelompok yang semuanya dibuktikan.

Dibuktikan secara bertulis, secara saintifik, dicetak pada akhbar, adanya sidang media, yang ini baru mereka percaya.

Jika Melayu ini lahir pada zaman Rasulullah SAW, pasti mereka antara yang pertama pertikaikan mukjizat baginda.

MasyaAllah.. Wuallahualam.. Ampunilah kami umat Islam yang beriman kepada setiap rukun-Mu, ya Allah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker