Isu Semasa

Salah Siapa Generasi Melayu Moden Kita Buta Sejarah Dan Warisan Bangsa?

Kebanyakan generasi Melayu moden yang belajar dalam sistem pendidikan nasional hilang jati diri.

Mereka tidak tahu warisan Melayu yang dipertahankan sampai ke hari ini memiliki falsafah tersendiri.

Apabila bercakap tentang baju Melayu misalnya, ramai pereka fesyen moden semakin biadab tanpa ilmu.

Mereka berani menggelarkan fesyen rekaan mereka sebagai baju Melayu selepas menafikan ciri khasnya.

Misalnya, baju Melayu cekak musang harus memiliki lima butang dan tiga poket yang jangan diubah.

Lima butang baju Melayu melambangkan falsafah lima rukun Islam seperti:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa dalam bulan Ramadan
  4. Membayar zakat
  5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Manakala tiga poket pada baju Melayu melambangkan rukun agama yang terdiri daripada:

  1. Rukun Islam
  2. Rukun iman
  3. Rukun ihsan

Bagi baju Melayu teluk belanga, satu butang melambangkan kepercayaan kepada Allah SWT yang esa.

Namun demikian, falsafah ini berjaya dihapuskan sepenuhnya dalam pemikiran dan jiwa anak bangsa Melayu.

Sehingga ada generasi Melayu moden selamba mempersoalkan apa kepentingan butang dan poket.

Bagi mereka, baju hanyalah baju dan tidak memberikan sebarang erti kepada bangsa Melayu.

Ramadan adalah bulan perjuangan dan Aidilfitri adalah sambutan bagi sebuah kemenangan.

Usaha Demi Malaiu ini juga satu perjuangan menongkah arus demi memastikan anak bangsa tidak terus hanyut.

Jika tidak faham Melayu dan mahu penjelasan dalam bahasa Inggeris? Silakan hadam serta jazam:

Jati diri anak bangsa perlu dipupuk dan disemaikan kembali kerana jika mereka faham, Melayu terpelihara.

Jika bagi mereka baju adalah baju, baik pakai sahaja cheongsam atau sari meraikan Aidilfitri yang mulia!

Baca Juga> Cukuplah Berfeqahkan 3 Rukun Islam & 1 Rukun Agama? Ini Mesej Yang Bahaya!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker