Isu Semasa

Semakin Agung Orang Melayu Jika ‘China’ Menjajah Malaysia?

Bangsa Melayu yang beragama Islam adalah umat manusia yang agung dan kita harus mempercayainya kerana hidup kita sebagai Melayu Islam sentiasa menjulang agama suci ini.

Jangan sesekali ada rasa tidak bangga dan jangan kata ‘terpaksa’ fikir sensitiviti kaum lain kerana kita adalah Melayu Islam, tuan kepada Tanah Melayu ini dan pewaris yang sangat-sangat mutlak.

Namun apabila ada orang Melayu Islam mula membuka ruang penjajahan moden kepada bangsa lain yang tidak menerima Islam sebagai cara hidup, ini adalah satu bala yang maha dahsyat.

Dalam artikel ini, Demi Malaiu ingin bercerita satu perkongsian daripada Zaharah Shah Alam mengenai nasib Melayu Islam jika China menjajah 100 peratus.

Tulisan ini dipetik daripada kisah benar seorang artis Indonesia yang belajar di Turki dan diharap tulisan ini mampu menjadi renungan untuk kita bersama.

DULU MEREKA TUKANG SAPU, SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU!

Aku berdiri di hadapan asrama, berharap ada yang baik hati untuk berikan tumpangan percuma ke kampus. Alhamdulillah, Allah kabulkan.

Sebuah kenderaan yang aku tak ingat apa modelnya, yang aku tahu kereta itu masih baru dan mirip seperti Honda CRV, berhenti di hadapan aku.

“Hendak ke mana? Jom ikut. Ajaknya ramah, dengan Bahasa Arab.

“Hendak ke Jamiah?” tanya ku balik.

“Ya-ya, jom! Naik cepat.

Aku terus naik. Aku duduk di sisi kanannya. Dia mulai menekan pedal, lalu kenderaan pun semakin laju.

“Apa khabar akhi? Sihat?” tanya lelaki berwajah Turki itu.

“Alhamdulillah, sihat. Awak apa khabar?

“Sihat, Alhamdulillah.. Oh ya, dari Indonesia atau Malaysia?

“Dari Indonesia. Awak dari mana?

“Saya dari Turkistan, tahu Turkistan? Turkistan itu di bawah China,” jelasnya.

“Oh ya.. masih Asia lagi kan? Bagaimana kehidupan di Turkistan?” tanyaku.

“Akhi, kehidupan kami jadi begitu porak-poranda semenjak China masuk ke negara kami. Sekarang saja passport saya tertulis China.

“Apa? Kenapa begitu? Bukannya Turkistan negara sendiri? Kenapa pasportnya China?” Tanyaku hairan.

Dia menarik nafas panjang seakan ada beban berat yang dia pikul.

“Saya sudah 9 tahun tidak pulang ke Turkistan,” keluhnya.

“Aik.. Kenapa?

“Begini akhirnya, sekitar 60 tahun yang lalu, mereka orang-orang China datang baik-baik ke negara kami, bekerja, melancong, dan lain-lain.

“Dengan beredarnya waktu, pemerintahan kami lalai dan menganggap keberadaan mereka biasa saja. Padahal pergerakan mereka tersusun, diam tapi pasti, matlamatnya panjang.

ANDA MUNGKIN MEMINATI: Melayu Akan Hilang Di Dunia Jika Terlibat Atau Melakukan 5 Perkara Ini!

“Lalu jumlah mereka semakin banyak, banyak yang sudah mengambil warga negara Turkistan. Pemerintahan kami tetap tidak sedar. Dan akhirnya mereka (China) melakukan kudeta. Presiden kami mereka bunuh.

“Pemerintahan jatuh ke tangan mereka. Pada saat kudeta itu, ratusan ribu pribumi pindah ke bermacam negara lain. Kerana kekejaman kekuasaan China.

“Dulu MEREKA HANYALAH TUKANG SAPU, SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU,” jelasnya panjang.

Penjara dan menjadi pendatang di tanah air sendiri

“Lalu bagaimana kehidupan di sana?” tanyaku balik.

“Di sana semuanya serba ketat. Kenapa saya sudah 9 tahun tidak balik ke Turkistan? Karena mereka melarang siapa pun pergi belajar ke negara Islam.

“Ketika buat pasport mereka mensyaratkan tidak boleh pergi ke negara Islam seperti Saudi dan Turki. Akhirnya saya cakap bahawa saya mahu belajar ke Jepun, dari Jepun saya ke Saudi. Mereka berikan izin.

“Oleh itu jika saya kembali ke Turkistan, lalu mereka lihat di passport tertulis negara Islam, saya akan dipenjara lebih kurang 10 tahun dan di Turkistan sekarang ini, setiap hari orang-orang China datang ke Turkistan, beribu orang.

“Mereka diberikan tempat tinggal, diberi pekerjaan dan kemudahan. Sedangkan orang orang pribumi, disekat bahkan diusir. Terangnya dengan raut muka yang begitu sedih.

Kenderaan kami masih lancar di jalan raya, dengan kecepatan 90-100 km/jam. Sudah setengah jarak yang kami lalui untuk sampai ke kampus.

“Jadi bagaimana kehidupan muslim di sana?” tanyaku kerisauan.

“Solat dilarang, azan dilarang. Bertudung kalau warna hitam akan dirobek ditempat itu juga. Janggut dilarang. Setiap beberapa meter ada pemeriksaan.

“Telefon bimbit diperiksa, jika ada tulisan Allah atau ayat Quran maka boleh ditangkap dan dipenjara. Tidak boleh mengucapkan kata jihad. Kalau bertamu harus diberitahu dulu. Kalau tidak tuan rumah akan dipenjara 10 tahun. Beli pisau agak besar dilarang,” sesalnya.

Seperti banyak hal yang susah dia ungkapkan, “Selama 9 tahun kalau waktu cuti saya pergi ke Turki, isteri orang Turki,” lanjutnya.

Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka. Berat, terkurung, terjajah.

Ya Allah! Jaga negaraku tercinta

“Ya Allah! Jaga negaraku tercinta. Jaga Indonesia. Dan negara muslimin,” doaku dalam hati.

“Sekarang di Indonesia, mereka (China), semakin banyak saat ini. Masuk di bidang ekonomi. Bahkan sudah masuk pemerintahan,” fikirku.

Aku mulai khuatir dengan keadaan negara aku saat ini. Kenderaan kami sudah hampir tiba di kampus.

“Wah.. akhi! Jangan sampai kamu semua tertidur atau lalai sedikit pun.

“Jangan sampai pemerintah kamu menganggap mudah hal ini. Keberadaan mereka amat bahaya sekali. Mereka seperti tiada perikemanusiaan. Sombong!” tegasnya.

Kenderaan kami tiba di kampus. Dan akhirnya aku mengucapkan terima kasih atas tumpangannya.

Na’udzubillah….
Tsumma na’udzubillah…

kalau tidak percaya coba kamu google negara turkistan, akan ada banyak maklumat di sana.

Semoga bermanfaat…

JANGAN BIARKN ANAK2 DAN CUCU2 KITA TERPAKSA HIDUP MENUMPANG DI NEGARA SENDIRI. PEGANG DAN JAGALAH AMANAH YG DI WASIATKN OLEH DATUK NENEK KITA DAHULU

➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker