Agama

Melayu Akan Hilang Jika Melakukan 5 Perkara Ini!

Ramai yang mengatakan bangsa Melayu adalah satu bangsa yang terpilih di Nusantara ini walaupun benua-benua sedia ada sudah terpisah kerana peredaran zaman.

Jika merujuk kepada aspek kewujudan Melayu di Tanah Melayu atau Malaysia, antara bukti yang mengesahkan seseorang itu Melayu adalah beragama Islam dan bercakap dalam bahasa Melayu.

Namun demikian, trend kerosakan sudah berakar umbi dalam kalangan masyarakat Melayu dan ia semakin jelas kelihatan apabila muncul generasi baharu mengikut zamannya.

Sehubungan itu, penulis berpendapatan untuk tidak mustahil Melayu boleh hilang di dunia, berganti satu bangsa yang tidak kenal siapa dirinya sekiranya ini adalah amalan mereka :

Meninggalkan agama Islam secara keseluruhan

Syukur majoriti bangsa Melayu di Tanah Melayu atau Malaysia ini masih berpegang teguh pada ajaran Islam namun menyedihkan, sudah ada generasi yang Islamnya hanya pada kad pengenalan.

Tidak berpuasa tetapi menyambut hari raya, tidak menunaikan zakat tetapi seronok bercuti ke sini sana.

Meninggalkan solat wajib tanpa alasan yang kukuh tetapi mengharapkan rezeki datang setiap hari.

Ini satu penyakit yang harus dimusnahkan dalam jiwa bangsa Melayu.

Memberi peluang kepada bangsa pendatang jadi pemimpin utama

Gerakan dan perjuangan yang mahukan anak-anak daripada keturunan pendatang mendapat hak sama rata di Tanah Melayu atau Malaysia sudah lama tertanam dalam jiwa mereka.

Nampak seperti remeh namun ini adalah strategi yang sudah diketahui umum tetapi tetap dipandang remeh oleh bangsa Melayu.

Jika generasi akan datang sudah tidak kisah siapa pun boleh jadi pemimpin dalam negara ini, bangsa Melayu diambang penindasan.

Mengagungkan bahasa rojak

Jangan kerana terlalu ikut-ikut perkembangan semasa, bahasa Melayu pun habis dirojakkan dan perkara ini bukanlah suatu yang disorok-sorok lagi.

Di mana-mana sahaja, pasti ada golongan yang meremehkan bahasa Melayu dan beranggapan bertutur atau mencampur adukkan bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang dipandang lebih tinggi martabat diri mereka.

Tanah pusaka dijual dan bangsa Melayu ada merempat

Memang menjual tanah pusaka boleh dapatkan duit dengan cepat namun berapa lama duit itu akan bertahan?

Cerita orang Melayu jual tanah sampai bergaduh adik-beradik tidak asing lagi dalam masyarakat kita dan keadaan ini sebenarnya sangat membimbangkan.

Bayangkan semua tanah pusaka orang Melayu dijual kepada bangsa pendatang dan mereka membina rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki.

Sudahnya tidak terjual dan dibuka pula bangsa pendatang seterusnya untuk menjadikan Tanah Melayu atau Malaysia ini sebagai ‘rumah kedua’.

Selesa jadi miskin dan beri peluang orang lain jalan dahulu

Bohonglah kalau kata dekat Tanah Melayu atau Malaysia, yang kaya raya dalam negara sendiri sehingga mampu membantu bangsa sendiri adalah orang Melayu.

Ini adalah satu tamparan yang cukup sinis namun masih ramai orang Melayu yang tidak ada perasaan langsung tentang permasalahan ini.

Malah dipandang sepi, dibiarkan begitu sahaja dan tak kisah pun sama ada jadi kaya atau miskin.

Cuma selagi ada internet dan media sosial, di situlah mereka mengadu domba tentang kesusahan mereka yang kononnya tidak boleh diubah!

➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI

Baca juga Ada Yang Tolak Pemahaman Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Kesannya Amat Mengerikan!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker