>>Membudayakan Selawat Dalam Khutbah Jumaat Wajar Dilaksanakan!
Melayu dalam dirinya adalah Islam dan tidak akan lari daripada menjadi anak bangsa yang berpasak kepada tiga rukun agama seperti rukun Islam, rukun iman dan rukun ihsan.
Rajanya pula termasuklah Yang diPertuan Agong digelar habuk kepada Allah SWT yang Maha Mulia serta selipar kepada baginda Rasullullah SAW.
Natijah ketauhidan diri ini disyaratkan dan diserikan dengan ikatan budaya merangkumi sikap merendah diri, mengutamakan orang lain dan menggigit syariat Rasulullah SAW.
Jawi Yang Indah
Tulisan Melayu mengangkat elemen jawi, indah seninya sekali gus menjadi pengikat kepada kelembutan bunga-bunga kehidupan tetapi kekal tajam sebagai senjata.
Anak bangsa ini didik untuk bijak bukan sahaja untuk mengenali intan dan permata tetapi cukup bijaksana supaya tidak terpaut hati pada cahaya dunia yang fana jua.
Jazam bahawa indahnya dunia itu hanya sementara, disana jua kita kembali pada Nya.
Hilang Melayu di dunia bila mana hilang jati diri anak bangsa dari pasak hidup ketauhidan.
Hilangnya melayu bila bunga bahasa ditinggalkan dengan sengaja.
Irama lagu bangsa di ganti dengan entah apa.
Sehingga yang tinggal hanya tubuh badan sawo matang yang sekali kali bertanjak jua.
Ya, benih yang masih tersimpan dalam setiap sanubari bangsa tauhid ini kekal ada.
Mengharapkan ia siraman baja ketaatan, cahaya keimanan dan keharmonian air untuk tumbuh semula.
Bangun berdiri mengerak langkah memimpin manusia, berpasak semula pada Rukun Agama.
Mungkinkah ia?
Bahlul Baru
1 Zulhijah 1442.