Vietnam War merupakan salah satu perang yang paling popular dan diketahui oleh seluruh dunia. Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa Tanah Melayu juga pernah berperang dengan orang Vietnam suatu ketika dahulu.
Perang Lan Xang merupakan perang diantara kerajaan Lan Xang dan kerajaan Dai Viet yang berlaku sewaktu abad ke-13 Masihi iaitu diantara tahun 1483–1484.
Namun demikian, Kesultanan Melayu Melaka juga terlibat sama dalam peperangan ini kerana terjadinya beberapa peristiwa yang menyebabkan Melaka terpaksa campur tangan.
Sebagai kesannya, dalam perang ini, tentera Melaka berjaya memancung dan membunuh 30,000 orang Dai Viet (Vietnam) di dalam Perang Melaka-Vietnam ini.
Pada masa ini juga merupakan masa semasa kegemilangan Kesultanan Melaka di mana tanah jajahan Melaka meliputi sebahagian wilayah di Sumatera dan kebanyakan kawasan di Semenanjung Tanah Melayu.
Nama perang ini bersempena dengan tempat perang ini berlaku iaitu di Lan Xang yang kini bertempat di Laos.
Persengketaan antara kerajaan Dai Viet dan Kesultanan Melaka bermula dengan pembunuhan kedutaan Melaka apabila kapal beliau tersadai di perkarangan lautan Dai Viet akibat dipukul ombak pada tahun 1469.
Nama kedutaan tersebut adalah Tun Seri Nara DiRaja, Bija Rana atau Tuan Laksamana DiRaja, Bija Rana.
Sekitar tahun 1470 -1471, Pihak Dai Viet menggerakkan bala tentera yang besar untuk menakluk Champa dan hampir keseluruhan bandar-bandar Champa telah jatuh.
Atas kejayaan tersebut, Raja Dai Viet iaitu Le Thanh Thong mula bercita-cita untuk menakluk seluruh Indochina termasuk Siam, Melaka dan seluruh kepulauan Jawa.
Disebabkan terjadi beberapa peperangan antara kerajaan Lan Xang (Laos) dan Dai Viet, telah menyebabkan tragedi lain yang mempengaruhi hubungan diantara Dai Viet dan juga Kesultanan Melaka.
Kesultanan Melaka telah meminta jasa baik kerajaan China untuk memantau tindakan agresif kerajaan Dai Viet yang telah banyak memberi ancaman kepada Melaka, kerana kedua-dua buah kerajaan ini adalah tertakluk di bawah kerajaan China yang membayar ufti.
Bukan Melaka tidak mampu untuk menyerang Dai Viet, namun jika Melaka melakukan sedemikian, maka mereka dianggap melanggar peraturan kerana negara pembayar ufti tidak boleh berperang sesama sendiri.
Setelah mendapat persetujuan daripada Raja China, maka wakil Melaka pada waktu itu, Laksamana Hang Tuah, menunggu ketibaan wakil daripada Dai Viet untuk bersemuka bagi menyelesaikan kecamukan yang berlaku.
Setelah ditunggu selama 2 minggu, barulah wakil Dai Viet tiba di perkarangan istana China menghadap Raja China dan juga Hang Tuah.
Di sana, mereka saling berhujah dan bertikam lidah sehinggakan wakil Dai Viet dengan lancang berkata mereka telah menakluk semua kota-kota Champa dan selepas ini akan menakluk Melaka dan Melaka pasti tidak berani berperang dengan mereka.
Ini menimbulkan kemarahan Laksamana Hang Tuah. Akhirnya perbalahan antara mereka dileraikan oleh Maharaja China dan beberapa keputusan telah di buat.
Antaranya ialah mereka perlu mengambil kata sepakat tetapi dalam masa yang sama, Melaka dibenarkan untuk mengambil persiapan sekiranya kerajaan Dai Viet betul-betul ingin menyerang kerajaan itu.
Disebabkan oleh itu, Hang Tuah telah belayar ke Rom untuk membeli senjata peperangan seperti meriam dan kelengkapan yang lain walaupun Melaka pada ketika itu telah mempunyai senjatanya sendiri.
Cita-cita kerajaan Dai Viet untuk menakluki seluruh kawasan Indochina atau kini lebih dikenali Asia Tenggara ini telah bergerak aktif.
Le Than Tong, raja kerajaan Dai Viet telah meluaskan wilayah kekuasaan Vietnam sehingga mencapai sempadan Burma.
Untuk menakluki kawasan Indochina di sebelah timur, Dai Viet perlu menjarah kawasan-kawasan seperti Lan Xang( Laos) dan Chiang Mai (Thailand).
Di Lan Xang, kerajaan Da Viet telah mengumpulkan bala tenteranya seramai 90,000 orang serta senjata-senjata peperangan seperti terakol untuk menakluk wilayah tersebut.
Semasa perang pertama Lan Xang dan Dai Viet, tentera Dai Viet berjaya membunuh seramai 20,00 penduduk di situ dan berjaya merampas Lan Xang daripada maharajanya.
Namun demikian, disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, Dai Viet dicabar kembali di Lan Xang.
Dalam perang kedua kali ini, tentera Dai Viet berjaya dikalahkan walaupun tentera musuhnya lebih sedikit.
Kejayaan peperangan ini salah satu faktornya adalah kerana pertolongan daripada Melaka itu sendiri dan kerjasama daripada Ayutthaya serta wilayah-wilayah kerajaan yang lain yang tidak bersetuju akan tindakan kerajaan Dai Viet itu.
Walaupun jumlah keseluruhan tentera yang menyerang Dai Viet itu lebih kecil berbanding mereka, namun berkat di atas kerjasama, semangat dan kebijaksanaan tentera Melaka, Lan Xang, Lanna dan yang lain telah membuahkan hasil.
Tentera Melaka bertanggungjawab dan terlibat dalam menjadi ketua strategi perang Lan Xang serta memimpin tentera-tentera yang lain selain bertindak sebagai jeneral perang tersebut.
Dikatakan bahawa 90,000 bala tentera Dai Viet telah melanggar Lan Xang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka dan mengakibatkan mereka kehilangan seramai 30, 000 nyawa.
Dapatlah disimpulkan disini bahawa tidaklah kerajaan Melaka itu berperang dengan Dai Viet secara terus menerus disebabkan Dai Viet ingin menyerang Melaka, namun perang ini adalah lebih kepada memberhentikan pengaruh Dai Viet daripada menakluki seluruh kawasan Indochina dan seterusnya ke Melaka.