Sejarah

Melaka Diisytiharkan Sebagai Bandar Bersejarah Pada 15 April 1989

Pada hari ini dalam tahun 1989, Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Bersejarah.

Pengisytiharan ini telah dilakukan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Syed Ahmad bin Tun Syed Shahabudin di Muzium Budaya, Bandar Hilir, Melaka.

Keputusan menjadikan Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah telah diiktiraf bukan sahaja oleh Kerajaan Malaysia malah oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO.

Dalam ucapan perasmiannya, Tun Syed Ahmad menyuarakan, pengisytiharan ini amat besar ertinya kepada Melaka kerana ia dapat mengingatkan rakyat mengenai sejarah negara.

Khazanah tinggalan sejarah ini perlu dipelihara dalam memupuk semangat cintakan negara.

Sesungguhnya, dengan pengisytiharan tersebut, Melaka telah memasuki era baharu dalam membangunkan ekonomi rakyatnya menerusi industri pelancongan khasnya kerana negeri ini kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang wujud sejak zaman Kesultanan Melaka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button