Sejarah

Megat Panji Alam, Pahlawan Melayu Yang Kehilangan Tun Teja Angkara Hang Tuah?

Apabila menyebut nama Tun Teja Ratna Benggala yang dilarikan Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah (1488-1511), nama Megat Panji Alam tidak harus dikeluarkan.

Hal ini demikian kerana Tun Teja yang merupakan anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Jamil ibni Sultan Muhammad Shah (1475-1497) adalah tunangan kepada Megat Panji Alam.

Menurut kisah yang ditulis dalam media sosial, Megat Panji Alam bukanlah calang-calang individu dan beliau juga dikatakan amat tinggi ilmunya dan setara dengan Hang Tuah.

Jika satu lawan satu, belum tentu pahlawan Melayu Hang Tuah dapat menundukkan Megat Panji Alam.

Retak hati beliau menerima khabar bahawa tunangan tersayang akan meninggalkan beliau dan akan mengikuti pulang rombongan dari Melaka untuk dijodohkan dengan Sultan Melaka.

Dikisahkan apabila beliau tiba ke Inderapura (Pahang), Bertapa remuk hati beliau apabila Tun Teja seakan lupa akan Megat Panji Alam yang merupakan tunanganya.

Sedarlah Megat Panji Alam bahawa tunanganya ini sudah diberi ilmu ‘guna-guna’ yang amat sukar untuk dileraikan melainkan oleh tuan empunya ilmu.

Dengan hati yang remuk dan hiba, beliau menyeru Hang Tuah untuk bersemuka dengan beliau. Bayangkan tekanan emosi yang dialami oleh Megat Panji Alam sewaktu itu. Beliau tidak menghiraukan lagi aturan strategi yang sudah dirancang Hang Tuah dan saudara-saudaranya.

Hang Tuah juga sedar, bahawa Megat Panji Alam bukanlah seperti jagoan-jagoan lain yang pernah beliau tundukan.

Hang Tuah yang dikatakan kebal itu juga mempunyai kebijaksanaan melakukan tipu helah dalam menundukkan Megat Panji Alam yang sedang berada dalam emosi yang paling lemah.

Maka, ketika Megat Panji Alam tiba di kaki tangga istana Raja Inderapura dan menunggu Hang Tuah bagi membuat perhitungan, beliau telah ditikam secara curi oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Akhirnya gugurlah seorang Pahlawan Terengganu akibat kecederaan parah demi cinta dan kesetiaan kepada tunangannya.

Kisah Megat Panji Alam ini juga telah diabadikan di Muzium Negeri Terengganu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker