Sejarah

Masjid Agong Kota Melaka Diruntuh Penjajah Bagi Bina AFamosa

Memang menarik rancangan Jejak Rasul pada tahun ini apabila terdapat satu episod yang membongkar sejarah Masjid Agong Kota Melaka yang diruntuhkan oleh penjajah bagi membina Kota A Famosa.

Melalui perkongsian pengacaranya, iaitu Fedtri Yahya di Instagram, terdapat satu episod yang membongkar sejarah Masjid Agong yang diruntuhkan oleh penjajah bagi membina Kota A Famosa.

Memang menarik rancangan Jejak Rasul pada tahun ini apabila menyingkap semula sejarah ketamadunan Islam di Malaysia.

Melalui perkongsian pengacaranya, iaitu Fedtri Yahya di Instagram, terdapat satu episod yang membongkar sejarah Masjid Agong yang diruntuhkan oleh penjajah bagi membina Kota A Famosa.

Bagaimanapun, bila kita sebut Kota A Famosa jangan terkeliru pula dengan “Porta de Santigo” iaitu tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong.

Menurut Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud tetapi tapaknya bukan di pintu gerbang Kota A Famosa, iaitu Porta de Santiago, tetapi di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadthuys.

>>Tiada Lagi Nama St Paul, Kini Kembali Ke Nama Asal ‘Bukit Melaka’ Dengan Usaha Anak Melayu

Kedua-dua tempat ini adalah sebahagian daripada Kota A Famosa yang luas. Jangan terkeliru pula ye.

Namun apa yang dikongsikan dalam Jejak Rasul adalah benar apabila menyatakan Masjid Agong berada di dalam Kota A Famosa.

Menerusi penjelasan lanjut dari PERZIM, memang ada dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu mengenai Masjid Agong tersebut, yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511.

Tambahan lagi, Surau Warisan yang ada sekarang dikatakan dibina sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut.

Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa Kota A Famosa sebenarnya dibina di atas runtuhan Kota Melaka dengan menggunakan bahan sekitar termasuk runtuhan binaan masjid, istana dan pelbagai lagi.

Memang menarik sungguh perkongsian dan pendedahan ini.

Mungkin ada yang sudah tahu dengan kisah runtuhan Kota Melaka yang digunakan oleh Portugis untuk membina Kota A Famosa, namun kisah ini patut disampaikan juga kepada generasi akan datang.

Sejarah kita, warisan kita.

Selain Msjid Agong Kota Melaka yang masyhur ini, ada lagi masjid-masjid yang lain yang ada di Melaka, antara Masjid Tengkera, yang merupakan antara masjid yang tertua dan penuh sejarah. untuk tahu lebih lanjut, boleh klik link ini, Masjid tertua Melaka tinggalan ‘Serambi Makkah’

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker