Budaya

Tok Pulai Chondong Tulis Manuskrip Keris, Dedahkah Elemen Dua Keris Teragung!

Selain bergelar ulama berwibawa, Tok Pulai Chondong ada menulis satu manuskrip berkait dengan keris dan usia manuskrip itu sudah pun mencecah lebih 200 tahun.

Dalam manuskrip itu, Tok Pulai Chondong atau nama sebenarnya Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim turut menceritakan perihal dua keris teragung.

Dua keris teragung itu tidak lain dan tidak bukan, ia digunakan Laksamana Hang Tuah serta Hang Jebat dan hasil terjemahannya sangat mengkagumkan.

Kaedah Hasilkan Keris Laksamana Hang Tuah & Jebat

Tok Pulai Chondong menulis bagi menghasilkan keris Taming Sari, sebanyak 20 jenis besi digunakan yang terdiri daripada dua jenis bahan utama.

Dua bahan utama yang dimaksudkan adalah campuran besi kursani serta tahi bintang (meteorit) dan petikan ini menunjukkan betapa kukuhnya keris Taming Sari.

Sementara itu bagi Keris Pengkarang yang digunakan Hang Jebat, keris itu diperbuat daripada campuran 10 jenis besi dan metorit atau tahi bintang tidak ketinggalan untuk dimasukkan dalam unsur pembuatan keris itu.

Setakat hari ini, manuskrip yang mempunyai halaman sebanyak 38 muka surat itu masih kekurangan banyak maklumat lengkap bagi menjawab segala persoalan yang timbul.

Turut Tercatat Zikir Perang

Selain menukilkan beberapa catatan mengenai pembuatan keris, manuskrip itu juga ditinggalkan dengan beberapa amalam zikir seperti Hizb al-Bahr.

Menurut catatan awam, Hizb al-bahr adalah hizib atau bacaan wirid buat pendinding diri yang termasyhur selain turut disebut sebagai ‘zikir perang’ yang menjadi amalan pendekar Melayu Islam suatu masa dahulu.

Berikut antara paparan manuskrip yang ditulis Tok Pulai Chondong untuk tatapan dan penelitian generasi hari ini:

Muka surat 3 & 4
Muka surat 3 & 4
Muka surat 5 & 6
Muka surat 9 & 10
Muka surat 11 & 12
Muka surat 17 & 18
Muka surat 30 & 31

Pengetahuan Tok Pulai Chondong Timbulkan Misteri

Disebabkan Tok Pulai Chondong boleh menulis kaedah pembuatan keris tersebut secara terperinci, tiada sesiapa pun tahu bagaimana Tok Pulai Chondong boleh mendapatkan maklumat itu.

Tarikh asal manuskrip tersebut ditulis juga kurang jelas namun yang dipercayai, manuskrip itu bukanlah ditulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka.

Walau bagaimanapun, manuskrip ini dipercayai masih terpelihara di Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kajian ke atas manuskrip Tok Pulai Chondong pastinya berimpak tinggi!

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker