Gambar yang anda lihat di bawah adalah salah satu manuskrip Melayu lama.
Nipis yang mahal isinya.
Manuskrip Melayu lama, Ilmu Bedil dihasilkan dengan rekaan sampul depan belakang berilustrasi Arabes Melayu menggunakan dakwat emas.
Ia mengandungi 790 patah perkataan.
Ditulis pada 8 helai kertas.
Disusun dalam bentuk akordion.
Menggunakan kertas Eropah berwarna krim.
Orang Melayu dilihat mahal apabila ditemui naskhah manuskrip-manuskrip lama, ia menunjukkan mereka menyalin pemikiran dan pengetahuan melalui penulisan.
Apabila bertukang, orang Melayu menyimpan ilmu pertukangan dalam naskhah yang sempurna.
Di situ kita tahu bagaimana Islam, iman dan ihsan ditunjukkan dalam seni pembinaan rumah.
Apabila berlayar, panduan perjalanan di darat dan langit direkodnya.
Ketika berperang, ilmu menghalakan peluru ke dada musuh, ada tertib dan doa ditulis sebagai manual.
Baru mendirikan rumah tangga, bahasa hidup suami dan isteri ditulis sebagai ikhtiar kerukunan bersama.
Mahu berdagang, disiplin orang berniaga dicatat baris demi baris.
Semuanya ada dalam himpunan manuskrip lama.
John Leyden, Stamford Raffles, William Marsden, John Crowfurd, Hans Overbeckdt, William Shellabear dan R.O Winstedt adalah nama-nama yang aktif melakukan pengumpulan manuskrip Melayu.
Mereka lakukan untuk suka-sukakah?
Tidak.
Mereka mengikat ilmu agar tidak terputus.
Ada dua cara mengikat ilmu dalam menulis.
Menulis buku khusus berkaitan topik itu atau pun menulis cerita yang mempunyai ilmu bantu di dalamnya.
Orang Melayu dahulu menghasilkan Ilmu Bedil sebagai ‘manual’.
Orang Melayu juga mengarang Syair Perang Mengkasar bagi merakam kisah peperangan Perusahaan Hindia Timur Belanda dan kerajaan Gowa.
Hari ini, ayuh kita lihat kuasa menulis cerita sebagai ikhtiar menyimpan apa yang kita tahu dan mahu.
Ilmu dan pengalaman yang diikat akan memelihara kebenarannya.
Lihat panduan mengikat ilmu dengan cerita di
Kredit: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur