Isu SemasaSejarah

Manuskrip Hukum Kanun Melaka Terbaik Cuma Ada Di Vatican City, Itali

Adalah sesuatu yang merugikan bagi generasi Melayu moden hari ini yang tidak pernah berada dalam persekitaran undang-undang berteraskan Hukum Kanun Melaka.

Hal ini demikian kerana sebelum setiap rakyat Malaysia perlu akur kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Hukum Kanun Melaka sudah diguna pakai seawal 1424.

Dalam erti kata lain, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang wujud hasil Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957 adalah sesuatu yang baharu.

Bayangkan selama beratus-ratus tahun Tanah Melayu ini sudah ada undang-undang bertulis yang lebih awal kewujudannya berbanding British Bill of Rights (1689).

Namun malangnya selepas 1957, Hukum Kanun Melaka yang merupakan undang-undang bertulis Tanah Melayu sedia ada ini langsung tidak dimartabatkan pada tempat yang sewajarnya.

Perkara ini antara perkara yang didedahkan dalam Persidangan & Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2022 dengan tema Manuskrip Perundangan Melayu: Korpus Warisan Tempatan & Dunia.

Persidangan dianjurkan di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada 9 Ogos 2022.

Antara objektif persidangan ini adalah untuk memartabatkan semula undang-undang asal Tanah Melayu yang tidak dipengaruhi unsur-unsur sekular yang melemahkan orang-orang Melayu.

Hanya dengan kuasa viral daripada rakyat mampu mengubah perkara ini agar bumi berdaulat ini mampu berdiri dengan undang-undang sendiri berlandaskan Islam sebagai teras yang sukar dirobek!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker