Sejarah

Mandi Embun? Tak Sangka Ini Amalan Pahlawan Melayu Dulu-Dulu!

Pernah dengar atau tidak bahawa air embun mempunyai banyak khasiat? Yang tidak tahu di sini anda akan didedahkan dengan kebaikan air embun yang menjadi amalan utama pahlawan-pahlawan dahulu.

Air embun dikatakan mampu menguatkan urat-urat, otot-otot serta tulang-tulang manusia. Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu awet muda serta kelihatan sihat terpancar dari wajah sehingga tubuh badan mereka.

Mungkin ini yang menjadi sebab mengapa ia dijadikan amalan oleh para pahlawan Melayu dahulu untuk memastikan tubuh badan mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat.

Tidak hanya untuk tubuh badan dan wajah, air embun juga boleh mencerahkan mata dan menjadikan kulit lebih anjal.

Air embun boleh didapati dan terhasil dari wap-wap udara (gas) yang berlaku semasa alam dalam keadaan gelap dan terang iaitu antara selepas jam 12 tengah malam sehingga waktu subuh.

Antara cara untuk orang dahulu untuk mendapat air embun adalah dengan mengembunkan air semalaman. Sediakan bekas yang berisi air kemudian letakkan bekas tersebut semalaman di luar kawasan terbuka.

Selain itu, antara cara lain juga yang boleh dilakukan ialah dengan meraut atau menepuk air embun dari dedaun kayu seperti daun-daun pisang atau lain-lain kemudian sapukan diseluruh anggota badan.

Ketika menyapu atau menyiram air embun tersebut ke anggota badan boleh disertakan juga dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Jadikan kebiasaan dalam apa sahaja yang ingin dilakukan dahulukan dengan selawat.

Jadi bagi mereka yang rumahnya berada di kawasan yang mesra pokok-pokok dan tumbuhan hijau, bolehlah mengambil peluang menjadikan mandi air embun sebagai rutin harian untuk menyumbang khasiatnya pada tubuh badan.

Semoga bermanfaat!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker