Budaya

Mandi Atau Ambil Wuduk Guna Air Dari Telaga Tok Sheikh Dianggap Khurafat?

Sheikh Abdullah Al Qumairi merupakan seorang ulama yang berasal dari Yemen berjaya mengislamkan Raja Kedah ke-9 iaitu Maharaja Derbar Raja.

Baginda kemudian menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah dan menamakan negeri Kalaha kepada Kedah.

Kejayaan dakwah Sheikh Abdullah juga terbukti apabila pembesar istana juga turut menerima ajaran Islam.

Sheikh Abdullah yang menjadi penasihat baginda kemudian mencadangkan kepada sultan agar membuat menara di puncak Gunung Jerai bagi melaksanakan azan dan juga satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda serta nama negeri Kedah.

Cadangan itu diperkenankan baginda dan pekerja bersama berkumpul di puncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara tersebut di bawah penjagaan Sheikh Abdullah.

Telaga Tok Sheikh itu wujud apabila beliau memerlukan air untuk kerja pembinaan menara dan juga keperluan pekerja.

Sejak itu, air dari dalam tanah tidak pernah kering sampai ke hari ini.

Namun, apabila menara yang hendak dibina itu hampir siap, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ketika akhir nafasnya, Sheikh Abdullah mewasiatkan supaya beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran menara tersebut.

Wasiat itu telah dilaksanakan dengan baik oleh Sultan dan para menterinya.

Disebabkan itu, sehingga hari ini tanah rata di Puncak Gunung Jerai dipanggil dengan panggilan Padang Tok Sheikh sempena mengambil nama Sheikh Abdullah.

Namun demikian, apabila ada mana-mana pihak yang mandi atau mengambil wuduk menggunakan air semula jadi kurniaan Allah SWT di telaga Tok Sheikh terus dianggap sebagai khurafat.

Apatah lagi jika yang datang untuk menyantuni alam dan melihat kebesaran Allah SWT itu hadir dengan jubah, serba atau berbusana Melayu.

Kalau pihak yang datang bertapa dan minta benda pelik-pelik dengan makhluk seperti nombor ekor atau nak kuatkan ilmu batin dengan memuja jin, layaklah digelar khurafat.

BACA JUGA>> Tokong Gua Chin Swee Di Genting Bukan Khurafat, Cuma Lokasi Pelancongan!

Mahu mendapatkan kisah-kisah eksklusif terus ke Telegram anda? Sertai kami di Telegram Demi Malaiu!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu