Pernahkah anda berkunjung di Istana Buckingham, London? Jika ya, sudah pasti anda perasan dalam banyak-banyak tiang, ada satu tiang ditulis dengan perkataan ‘Malaystates’.
Malaystates ini merujuk kepada Negara Melayu atau benua dalam alam Melayu sebelum terpisah dek faktor geografi, politik dan peredaran masa menerusi agenda British.
Selain Malaystates, sudah tentulah ada beberapa lagi tiang-tiang lain yang mewakili negara yang pernah dijajah, bernaung atau menerima campur tangan British.
Senang cerita, jajah bawa maksud lain, bernaung bawa maksud lain dan campur tangan bawa maksud lain namun masyarakat hari ini gemar berfikir secara cincai dan balun dengan persepsi ‘Tanah Melayu dijajah’.
Apabila pengkaji Tanah Melayu melihat perundangannya atau hal-hal yang berkaitan, tidak dinafikan memang pemimpin Tanah Melayu pada ketika itu sangat terbuka menerima sesuatu yang asing.
Sampai sekarang ia sudah jati sebati sehinggakan orang-orang Melayu yang sepatutnya sedar mereka adalah tuan tanah bagi bumi berdaulat ini, tidak kenal jati diri.
Ramai hari ini ditanam dengan persepsi Tanah Melayu dijajah sedangkan kalau dibuka buku teks sejarah dari Tingkatan 1 sehingga 5, pada bahagian mana penulis kita menulis Tanah Melayu dijajah?
Mereka banyak menulis cuma ada beberapa negeri yang terpaksa menerima campur tangan residen British, itu pun cuma melibatkan soal pentadbiran sahaja.
Bahkan kalau dilihat secara sejarah berfakta, Johor misalnya bukanlah sebagai sebuah negeri kerana hakikatnya Johor adalah sebuah negara dan Johor adalah negara yang terbuka hati untuk menyertai menjadi negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dalam bahasa mudahnya.
Berbalik tentang nama Malaystates yang terukir pada tiang yang lebih dikenali sebagai Dominion Gates, selain Malaystates, Kanada dan Australia juga menerima ukiran seperti ini.
Paling menarik secara berfakta, negara yang dijajah British langsung tidak mempunyai ukiran tiang seperti ini dan kenapa British susah-susah nak ukir cantik-cantik nama Malaystates?
Cuba fikirkan.. semoga perkongsian ini dapat membangkitkan jati diri orang-orang Melayu yang dijauhkan akar susur galurnya dek tenggelam dengan sistem yang dipacu pemusuh Melayu serta Islam.
➡️ Sertai Group Telegram Demi Malaiu