Siapa yang salah dalam isu Penchinaan Malaysia ini? Adakah orang China itu sendiri atau bangsa Melayu yang terlalu memberi muka atau hanya mementingkan poket mereka?
Apabila kita menyebut tentang pen‘China’an ini, dalam makna yang lebih besar ialah satu proses pembudayaan, cara hidup Cina yang berlebihan di negara yang bukan menjadi milik mereka.
Dalam konteks Malaysia ini, asal usulnya merupakan sebuah negara Melayu dan orang Cina menjadi imigran pada ketika itu dan berlakunya proses pen‘China’an itu.
Maknanya, mereka hendak membudayakan cara hidup mereka secara berlebihan sehingga menenggelamkan budaya dan identiti penduduk asal.
Perkara ini tidak akan berlaku jika kita melihat kepada sejarah sebelum kita dijajah.
Apabila berlakunya interaksi antara alam Melayu dengan alam China, tetapi pen‘China’an belum berlaku.
Apabila berlaku interaksi ketika orang Cina datang ke alam Melayu untuk berniaga, berdakwah dan sebagainya, mereka masuk ke dalam komuniti Melayu.
Sebab itulah akhirnya wujud orang-orang seperti Baba Nyonya, Cina peranakan dan sebagainya.
Jika kita lihat kepada sejarah, sebelum berlaku imigrasi orang Cina secara besar-besaran, mereka tidak melakukan pen‘China’an.
Mengapa kita biarkan proses pen‘China’an itu berlaku dalam sebuah negara yang pemimpin tertingginya semua berbangsa Melayu?
Apabila mereka berada di negara kita, mereka bawa silibus pendidikan mereka, buku teks, cara hidup dan sebagainya, mengapa selepas kita telah mencapai kemerdekaan dan British telah keluar daripada negara kita ini?
Apabila Cina mengambil keputusan untuk tidak pulang ke negara asal mereka dan tinggal di sini, mengapa pemimpin tidak sekurang-kurangnya mengasimilasikan mereka sebagaimana orang Cina yang berhijrah ke Thailand, ke Filipina, ke Indonesia dan sebagainya yang berlaku proses asimilasi itu?
Tetapi di negara kita ini, perkara ini tidak berlaku.
Kita bayangkan sekiranya kita menjadi imigran di negara China, adakah pemimpin negara China akan membenarkan proses pe‘Melayu’an berlaku di negara mereka?
Sudah tentu perkara itu sukar dan tidak akan berlaku.
Satu contoh seperti satu projek di Gebeng, Kuantan disebut sebagai MCKIP (Malaysia-China Kuantan Industrial Park).
Mereka mendapat lebih kurang 2 ribu ekar tanah dan mereka dirikan tembok-tembok di sana seperti Tembok Besar China.
Mereka juga menggunakan pekerja Cina seramai 3600 orang manakala pekerja tempatan lebih kurang 2400 orang dan segala banner ditulis dalam bahasa mereka sendiri.
Ketika perasmian dibuat, pada tahun 2016 atau 2017, telah heboh tentang banner mereka yang digantung dan ditulis dalam bahasa Cina.
Identiti Melayu langsung tidak ada.
Pagar, iklan dan nama dalam bahasa Cina.
Jadi, apa peranan kita sebagai pihak berkuasa?
Mengapa kita tidak memantau perkara-perkara sebegini?
Kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya orang-orang yang mengambil kesempatan ini kerana kita yang tidak menggunakan kuasa yang kita ada untuk mendisiplinkan mereka, jadi mereka mengambil kesempatan.
Ini merupakan perkara yang perlu kita fikirkan bersama.
Sekian.
Untuk laporan penuh, boleh klik link di sini.
Boleh juga tonton video PRDM Pen’Chinaan’ Malaysia di pautan ini.