Isu Semasa

Malaysia cetak & edar 1 juta al-Quran ke seluruh dunia

Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia dengan sokongan Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya.

Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang tindakan Rasmus Paludan adalah biadab namun masih ada cara lain untuk membalasnya.

Balas dengan penegasan rahmah

“Umat Islam tidak menganjurkan untuk menjawab dengan sikap biadab dan keganasan, malah kita memilih untuk berikhtiar dengan meningkatkan pemahaman ke atas al Quran.

“Penegasan rahmah dan kasih sayang di dalam al-Quran mesti disemangati setiap jiwa orang Islam,” tulis Anwar dalam media sosial miliknya.

Anwar berkata demikian setelah menghadiri Festival Kesenian al-Quran Sejagat Restu dan membuat lawatan ke Nasyrul Quran, kilang percetakan al Quran kedua terbesar dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Festival Kesenian al-Quran Sejagat Restu dan membuat lawatan ke Nasyrul Quran, kilang percetakan al Quran kedua terbesar dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Festival Kesenian al-Quran Sejagat Restu dan membuat lawatan ke Nasyrul Quran, kilang percetakan al Quran kedua terbesar dunia.

Sumbang RM2 juta untuk proses operasi cetak 1 juta al-Quran

Bagi menjayakan usaha cetak dan edar sejuta naskah al-Quran itu, Kerajaan turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi melancarkan operasi percetakan.

“Dalam ucapan ringkas, saya menyebut bahawa Malaysia mengecam tindakan membakar kitab suci al Quran yang dilakukan seorang pemimpin garis kanan Sweden baru-baru ini.

“Justeru itu, Malaysia bertekad dalam masa singkat untuk mencetak dan mengedar satu juta naskah al-Quran ke seluruh dunia,” katanya.

Ujar Anwar lagi, ia turut akan disusuli program-program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej risalah yang jelas.

SERTAI TELEGRAM DEMI MALAIU

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker