Sejarah

Maksud Di Sebalik Pemakaian Samping, Tiga Keadaan Yang Selalu Dipandang Wanita

Betapa hebatnya adab dan budaya orang Melayu dahulu kala sampaikan daripada pakaian sahaja pun boleh tahu status seseorang lelaki itu.

Maka tidak perlulah wanita bujang atau anak dara bersusah payah menaruh hati terhadap sang lelaki yang sudah berpunya.

Bagaimana caranya? Lihatlah pada kedudukan samping yang dipakainya pada kebanyakan setiap masa ketika berada di luar rumah.

Bagi lelaki yang bujang, mereka diajar untuk memakai samping di atas lutut manakala lelaki yang sudah berkahwin pula, sampingnya di bawah lutut.

Namun jika berdepan dengan lelaki berusia, rupa seperti suami orang namun memakai samping yang tersangatlah singkat, apa maksudnya?

Maksudnya dia sedang terbuka untuk menambah isteri dan di sinilah peranan isteri untuk perhatikan gaya suami yang sedang cuba ‘test market‘.

Apa-apa pun, beginilah indahnya budaya kita orang Melayu suatu masa dahulu yang sarat dengan falsafah namun jangan fikir ia tentang lelaki sahaja.

Penulis akan bawakan apa falsafah di sebalik maksud ikatan kain batik bagi seseorang wanita dalam alam Melayu yang sarat dengan budaya ini untuk artikel yang seterusnya.

➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker