Mungkin sudah sedia maklum tentang kewujudan satu lagi perkataan al-Qur’an yang dipakai umat dengan agak berbeza daripada maksud asal.
Perkataan yang dimaksudkan ialah khalifah, yang sama dalam sebutan baik dalam al-Qur’an mahupun bahasa Melayu. Kamus Dewan beri makna kepada perkataan tersebut seperti berikut:
khalifah
1. pengganti (kepada Nabi Muhammad s.a.w), (gelaran) ketua agama dan raja di negara Islam; Sayidina Abu Bakar jadi ~ yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad s.a.w.
2. = ~ dabus ketua (pemimpin) permainan dabus; ahli leka berdikir, ~ leka berdabus, pendekar leka memencak
3. ketua murid.
Perbezaan yang diisyaratkan dapat diintai ketika memandang kepada ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan tersebut.
Lantaran itu, dipaparkan di bawah ini ayat pertama mengandungi perkataan khalifah, dan akan dapati walaupun maknanya sama, iaitu pengganti, tetapi tidak dipakai seperti dinyatakan di atas. Firman Allah SWT:
وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ ِانِّيْ جَاعِلٌ فِى الْاَرْضِ خَلِيْفَةً ۗ قَالُوْٓا اَتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُّفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاۤءَۚ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۗ قَالَ اِنِّيْٓ اَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Surah al-Baqarah : 30)
Perbezaan yang diisyaratkan dapat diintai ketika memandang kepada ayat-ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan tersebut.
Lantaran itu, dipaparkan di bawah ini ayat pertama mengandungi perkataan khalifah, dan akan dapati walaupun maknanya sama, iaitu pengganti, tetapi tidak dipakai seperti dinyatakan di atas.
Tuhan beritahu para malaikat bahawa Dia akan letak makhluk manusia di bumi, sebagai pengganti bagi, mungkin, suatu makhluk lain.
Makhluk manusia yang mengganti itu diketahui pula oleh para malaikat sebagai bersifat jahat, dengan buat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi. Namun, ada lagi mengenai manusia yang mereka tidak tahu.
Antara perkara yang tidak diketahui para malaikat mungkin terselit pada ayat kedua yang mengandungi perkataan bersabit, iaitu tentang diadakan darjat-darjat yang berlainan di kalangan manusia setelah dilantik sebagai khalifah dibumi.
Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi dan Dia mengangkat (derajat) sebagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas (karunia) yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat memberi hukuman dan sungguh, Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Surah An’am :165)
Ayat menyedarkan tentang adanya darjat-darjat di kalangan khalifah, iaitu golongan manusia, dalam kehidupan masyarakat, atau sosial, di mana terdapat kedudukan yang tinggi dan kedudukan rendah, yang selanjutnya jadi ujian Allah atas pembahagian-Nya.
Ayat ketiga membawa kepada zaman lampau, kepada kaum Ad (Rasulnya Hud), yang dijadikan Allah khalifah selepas kaum Nabi Nuh. Antara yang diucap oleh baginda kepada kaumnya adalah:
أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَىٰ رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ ۚ وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً ۖ فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Apakah kamu (tidak percaya) dan heran bahwa datang kepadamu peringatan dari Tuhanmu yang dibawa oleh seorang laki-laki di antaramu untuk memberi peringatan kepadamu? Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
(Surah al-A’raf : 69)
Oleh itu, melalui al-Quran, Allah SWT sebenarnya menggalakkan orang yang beriman menggunakan akal dan berfikir dengan sebaiknya.
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com