Dalam sistem pendidikan nasional di Malaysia terutamanya subjek pendidikan agama Islam, majoriti para pelajar tempang soal pengajian rukun agama.
Sedang dalam rukun agama itu jelas mengandungi tiga perkara yang perlu dikuasai seperti rukun Islam, rukun iman dan rukun ihsan.
Namun jika menyoroti Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) misalnya, suatu ketika dahulu, para pelajar akan diuji tentang perkara awam seperti :
a) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
b) Cara untuk beristinjak
c) Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis
d) Berwuduk
e) Mandi Wajib
f) Solat Fardu, termasuk Azan, Iqamah, menjawb Azan dan Iqamah, serta Doa selepas Azan dan Iqamah
g) Puasa : Dalam aspek niat, perkara-perkara yang membatalkan puasa dan hikmat
h) Adab terhadap ibu bapa
Cuba renung kembali, ada atau tidak di antara kita yang mengikuti PAFA belajar tentang rukun ihsan pada tahap mampu menguasai maksud beribadahlah sehingga tahu Allah SWT sentiasa melihat kita!