Tidak ramai generasi hari ini mengetahui wujudnya sebuah manuskrip yang dinamakan sebagai Laporan Jawatankuasa Menyiasat Munchul-nya Mat Kilau.
Manuskrip ini pernah diterbitkan pada tahun 1970 dengan menghimpunkan pelbagai ulasan, tindak-tanduk serta keterangan mengenai Mat Kilau daripada pelbagai pihak.
Hanya pihak sealiran dengan British mengatakan Mat Kilau sudah terbunuh namun berdasarkan temubual yang lain, terbuktilah Mat Kilau masih hidup pada ketika itu.
Perbincangan Rakyat Demi Melayu pada malam ini akan membincangkan soal sejauh mana Tok Mat Kilau dianggap sebagai lambang jati diri generasi moden Melayu hari ini.
Eksklusifnya, selain Ar. Dr. Mastor Surat dan Dato Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin, Demi Malaiu turut tampilkan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali untuk bercakap tentang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang akan mula ditayangkan 23 Jun 2022 ini!