Sejarah

Lagenda Negeri Pahang, 7 Batin Arwah Sewaktu Pembukaannya, Tidak Ramai Yang Tahu

Pahang. Negeri yang paling besar dalam Semenanjung tanah Melayu. Tanahnya kaya dengan galian yang mewah. Emas adalah salah satu darinya. 

Memang terbukti kekayaan negeri Pahang ini telah disebut oleh ramai pelayar, saudagar, dan orang-orang kenamaan sejak dulu lagi. Namanya disebut dalam pelbagai catatan yang dibukukan dari China, Portugis, dari tanah seberang juga ada dan tidak dilupakan juga dari wilayah Mediterranean. 

Oleh itu, pelbagai sebutan nama Pahang telah diberikan, antaranya Pam, Phang, Fam dan sebagainya. 

Namun, di sebalik bukti nama Pahang yang telah dibukukan itu, ada suatu cerita yang menarik tentang negeri ini. Lebih-lebih lagi cerita ini datangnya dari orang melayu tempatan Pahang sewaktu itu. 

Menurut orang berbangsa Jakun, orang asli di negeri itu, nama Pahang disebut sebagai Mahang seperti apa yang disampaikan oleh nenek moyang mereka dulu.

Manakala, mengikut cerita orang Melayu dahulu kala menceritakan pada zaman dahulu nama Pahang itu sebenarnya ada kena mengena dengan sebatang pokok Mahang yang terdapat di suatu kampung yang terletak di dalam daerah Jerantut. 

Pokok Mahang tu dikatakan tumbuh subur sehingga ianya menjadi saiz gergasi. Gergasi yang macam mana?

Dari Laut China Selatan dah boleh nampak pokok Mahang, punya saiz gergasinya, walhal pokok mahang tu kan berada di daerah Jerantut. Punyalah besar! Jauh tu Jerantut ke Pekan (dekat dengan Laut China Selatan). 

Pokok Mahang.
Kepada sesiapa yang tak pernah tahu macam mana rupa Pokok Mahang.

Disebabkan pokok tu terlalu besar, jadinya pokok tu dijadikan ‘landmark’ untuk pelayar-pelayar yang lalu dekat laut tu. 

Namun, lain pula apa yang dirisaukan oleh sultan Pahang masa tu. Baginda takut nanti ada puak-puak yang nak ambil kesempatan pula dengan ‘landmark’ tersebut, mungkin ada lanun or pihak-pihak yang berniat tak baik dan cuba merompak dan membuat kacau di negeri Pahang.

Jadinya, sultan pun mengarahkan pokok tersebut untuk ditebang. Setelah beberapa lama sultan cuba untuk mencari penebang untuk tebang pokok Mahang itu, tapi tiada seorang pun yang datang menghadap baginda. Mungkin takut tak termampu  nak tebang pokok gergasi tu kot. 

Tiba-tiba pada suatu harinya, ada 7 orang batin orang asli (ketua orang asli) datang dan menerima titah sultan tersebut.

Dipendekkan cerita, mereka pun bertungkus lumus nak potong pokok yang besar tu. Tetapi, malang tidak berbau, selang beberapa hari, batin yang pertama jatuh sakit dan meninggal dunia.

Kemudian beberapa hari lepas tu, batin kedua pula yang meninggal. Jadinya, setiap beberapa hari mesti salah seorang mereka yang meninggal selepas menebang pokok tu. 

Sampailah batin yang terakhir, beliau pun meneruskan usaha itu seorang diri dan berjaya menebang pokok tu. Lepas sahaja pokok tu tumbang beliau pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Jadi, kesemua 7 batin itu meninggal kerana menebang Pokok Mahang itu. Lebih kurang 7 hari 7 malamlah mereka ni nak potong pokok tu. Mungkin kerana pokok tu terlalu besar, mereka kepenatan menggunakan semua tenaga yang ada sehingga jatuh sakit. 

Daripada peristiwa pokok mahang yang tumbang merentasi Sungai Mahang itulah nama Pahang tercipta. Agaknya sebutan mahang tu lama kelamaan jadilah Pahang. 

Begitulah legenda orang Melayu lama tentang kewujudan nama Pahang ni. Biasalah, nama pun legenda kan, mestilah tak lari dari cerita yang luar dari kotak pemikiran. 

Begitulah keindahan bahasa dan sastera kita yang sentiasa ditemani dengan halwa-halwa yang disajikan untuk telinga ni sedap untuk mendengar. Tak delah bosan macam baca berita tu kan?  

Wallahualambissawab. 

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker