Sejarah

Kurang Faham Realiti & Sejarah Negara Buat Segelintir Rakyat Timbul Provokasi

Bila blur tentang sejarah negara sendiri, itu yang timbul macam-macam ideologi terpesong

Kalau anda benar-benar faham realiti dan sejarah negara ini, sudah tentu anda tidak akan menimbulkan provokasi atau bercakap yang bukan-bukan.

Provokasi? Cakap bukan-bukan? Apa maksud penulis?

Maksud saya adalah tidak bercakap bukan-bukan mempersoal hak istimewa Orang Melayu sebagai pribumi negara ini atau mempersoal konsep ketuanan Melayu.

Maksud provokasi adalah tidak menimbulkan niat untuk memperlekeh atau menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Atau provokasi kefahaman Islam tentang konsep Tuhan dengan mendakwa Tuhan adalah sebuah getaran. Ini provokasi terhadap prinsip Rukun Negara yang pertama.

Atau membuat filem perkauman bertajuk B**i dengan niat tersembunyi menghina kaum Melayu tetapi tidak mengaku akan niat jijik tersebut.

Sungguh kalau penulis buat senarai provokasi dan penghinaan kepada Orang Melayu dan negara ini, ia akan jadi senarai yang panjang dan meletihkan.

Tetapi, penulis Orang Melayu dan semua mengetahui bahawa Orang Melayu ini berjiwa besar.

Berjiwa besar, baik hati, lembut tingkah lakunya, patuh ajaran agama, penuh adat resam, kaya budi dengan bahasa dan paling penting, tangan sentiasa terbuka.

Tangan sentiasa terbuka menerima kedatangan orang Cina, orang India dan macam-macam jenis orang lagi masuk dan menetap serta cari makan dengan aman dan damai dalam negara ini.

Sejarah pertama kedatangan orang Cina direkodkan seawal kurun ke-15 dengan kedatangan Laksamana Cheng Ho dan migrasi besar-besaran berlaku pada kurun ke-19 apabila British membawa masuk tenaga kerja daripada Tanah Besar China.

Sama seperti orang Cina, kedatangan orang India mula direkodkan pada kurun ke-15 dan kemasukan ke Tanah Melayu daripada India berlaku secara besar-besaran semenjak kurun ke-18 juga oleh British sebagai tenaga kerja.

Melalui Kontrak Sosial yang dipersetujui menjelang kemerdekaan negara, Orang Melayu secara hati terbuka dan sikap toleransi yang tinggi telah menerima orang Cina dan orang India sebagai sebahagian warganegara Tanah Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.

Sehingga kini keamanan dan keharmonian dicapai melalui kerjasama semua kaum yang ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga menjadikan Malaysia negara yang makmur dan destinasi pilihan untuk bermastautin dan mencari rezeki.

Oleh itu, apabila terdapat segelintir pihak dalam masyarakat majmuk ini yang mempersoal realiti dan sejarah negara ini, maka mereka adalah pembuat provokasi dan pembuat kacau.

Apa yang harus kita, warganegara Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian buat untuk menangani segelintir duri dalam daging ini?

Kita harus sedarkan mereka bahawa golongan seperti mereka tiada tempat dalam bumi yang bertuah ini. gunakan segala medium yang ada untuk mendidik dan mentarbiah masyarakat dengan ilmu dan maklumat yang benar.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang, penulis menyeru agar kita semua sama-sama sahut seruan Kerajaan dalam merealisasikan konsep #KeluargaMalaysia.

#KeluargaMalaysia mestilah menekuni dan memahami realiti dan sejarah negara ini. Seterusnya, medokong nilai-nilai murni yang menjadi identiti rakyat negara ini iaitu sikap tolong-menolong, berkongsi dan kebersamaan.

 

 

Baca juga Melayu Tak Kaya Sebab Melayu Malas? Fakta, Auta Atau Diskriminasi?

Tonton Perbezaan Silang Budaya kaum Di Malaysia

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker