Isu Semasa

Kuda Mampu Keluarkan Racun Apabila Jantungnya Berdetak Kencang!

Tidak dinafikan haiwan sunnah Rasulullah SAW, kuda diciptakan dengan pelbagai kelebihan seperti mampu mendengar dari jarak jauh dan berlari kencang dalam tempoh yang panjang.

Paling mengujakan, kuda juga merupakan sejenis haiwan yang dianugerahkan Allah SWT dengan kemampuan unik iaitu boleh membaca isi hati si penunggang dengan cara yang tersendiri.

Namun demikian, terdapat satu lagi perkara hebat tentang kuda yang ramai tidak diketahui orang ramai iaitu gigi kuda mampu mengeluarkan racun yang cukup berbisa.

Perkara itu didedahkan Pengasas dan Pengarah Urusan SSC Resources Sunnah Sport Centre Consultant, Nur Syuhada Kamaruddin dalam Retreat Jawatankuasa Pelaksana Perkampungan Warisan Melayu Perdana 2022.

Kongsi Nur Syuhada lagi, kuda bukan sahaja merupakan haiwan yang hebat dan setia malah kuda juga mampu bergelar sahabat sepanjang masa kerana sifatnya yang cukup luar biasa.

Maka tidak hairanlah kuda menjadi pilihan Rasulullah SAW untuk ditunggang dan juga menjadi terapi kepada beberapa kelompok seperti kumpulan individu yang mengalami sindrom autisme.

Nur Syuhada berpendapat, beberapa program seperti sukan berkuda dan memanah berkuda yang mula wujud di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun ini memberikan satu berita gembira.

“Isyarat untuk orang-orang Melayu terutamanya generasi hari ini belajar berkuda sudah tiba dan belajarlah berkuda kerana risau jika nanti datangnya kuda, kita tidak pandai untuk menunggang,” katanya.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker