Sejarah

Kuala Lumpur: Korban Seorang Sultan Demi Negara

Kuala Lumpur, ibu kota negara Malaysia yang kita banggakan kini, adakah kita pernah terfikir dari mana asal-usul dan sejarah pemilikannya? Sejauh mana detik bersejarahnya sehingga wujud Hari Wilayah Persekutuan setiap 1 Februari di Malaysia? Hal ini tidak lain tidak bukan ianya hasil pengorbanan dan kebijaksanaan Sultan Melayu terdahulu.

Kuala Lumpur ketika dahulu merupakan salah satu kawasan jajahan negeri Selangor dan merupakan ibu negeri Selangor ketika itu. Dalam pilihanraya 1969, kerajaan Persekutuan yang diterajui Parti Perikatan gagal menduduki negeri Selangor hasil kemenangan parti DAP di kebanyakan tempat. Mereka juga berkubu kuat di Kuala Lumpur yang menyukarkan kerajaan untuk menjalankan pentadbiran dengan sempurna.

Selepas berlakunya tragedi peristiwa pergolakan kaum pada tahun 1969, kerajaan mencadangkan agar Kuala Lumpur dipisahkan dari Selangor bagi memudahkan urusan pentadbiran. Hal ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi kerajaan Negeri Selangor namun demi kestabilan dan perpaduan negara, Sultan Selangor yang diwakili oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Ibni Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj memperkenan untuk menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan Pusat. 

Baca juga >> Sultan Bertaraf Aulia, Penyumbang Kedaulatan Islam

Upacara menandatangani Perjanjian Wilayah Persekutuan itu dihadiri Raja-raja Melayu dan Ketua-ketua Menteri di Istana Negara. Ianya turut di siarkan secara langsung di radio dan televisyen Malaysia. Perjanjian itu dimeterai antara Yang Dipertuan Agong, wakil kepada Kerajaan Pusat dan juga Sultan Selangor wakil kepada kerajaan Negeri. Hasil dari perjanjian tersebut juga, Kerajaan Negeri Selangor menerima sejumlah RM200juta daripada kerajaan Persekutuan dan RM7.5 juta pada setiap tahun. 

Pengorbanan Baginda demi negara akan sentiasa dikenang untuk memastikan Malaysia mempunyai pusat pentadbiran yang kukuh dan mendapat pengelolaan yang lebih efektif dari kerajaan. Baginda yakin Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang strategik dan mampu membawa Malaysia ke arah lebih baik seiring dengan kemudahan lengkap yang telah dimiliki oleh Kuala Lumpur ketika itu.

Selepas daripada peristiwa itu, Selangor telah menjadikan Shah Alam sebagai ibu negerinya yang baru bersempena dengan Sultan Selangor ke-7, iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Menarik: Kenapa Raja-Raja Melayu Ada Daulat?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker