Isu Semasa

Kronologi Dan Perkembangan Terkini Berkaitan Program Pemutihan Institusi Tahfiz Di Selangor

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya Muhamad Hafiz b. Muhamad Haneefa selaku Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz AlQuran Negeri Selangor (PITAS) yang menaungi 478 institusi tahfiz dengan jumlah lebih 22 ribu pelajar ingin menjelaskan kronologi dan perkembangan terkini berkaitan program pemutihan Institusi Tahfiz di Selangor seperti berikut:

1. Setelah berlaku musibah kebakaran di Maahad Tahfiz Ittifaqiyyah, Keramat pada tahun 2017, tatacara pendaftaran Sekolah Islam dikemaskini hendaklah mendapat sokongan dari Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Satu Jawatankuasa Task Force ditubuhkan oleh kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Exco Agama ketika itu YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus dengan mengumpulkan ke semua 12 PBT dan Pihak Berkuasa Agama Negeri MAIS, JAIS serta Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri pada Disember 2017.

Beberapa kali mesyuarat dan bengkel diadakan bagi menangani isu pendaftaran.

3. Bantuan Keselamatan Khas diberikan ke Institusi Tahfiz oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2017 dan 2018 dengan bantuan RM2 juta – RM3 juta seluruh Institusi Tahfiz Selangor yang berhadapan dengan risiko kebakaran. Juga bantuan baik pulih dari Jakim diberikan sekitar RM20 ribu ke RM80 ribu bagi setiap Institusi Tahfiz sehingga kini tahun 2023.

4. Setelah pandemik Covid 19 yang berlanjutan 2 tahun, Garis Panduan Pemutihan Institusi Tahfiz Pertama di Malaysia diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun Disember 2020. Setelah 2 tahun program pemutihan dilihat tidak dapat membantu secara menyeluruh memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai peraturan berbeza setiap PBT.

5. Jawatankuasa Task Force Program Pemutihan kini dipengerusikan oleh Exco Agama YB Mohd Zawawi sejak 2021 dengan menilai semula garis panduan yang diluluskan. Alhamdulillah pada tahun 2023 beberapa mesyuarat, taklimat dan bengkel diadakan bagi menangani isu sokongan dari PBT. Pihak Plan Malaysia Selangor dilihat bersungguh sungguh dalam memberikan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi.

Insyaallah dalam masa terdekat satu garis panduan pemutihan yang baru dan lebih membantu Sekolah Agama Islam akan dikeluarkan.

إحتاد املعاهد لتحفيظ القرآن بوالية سالجنور داراإلحسان ماليزي

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR Lot 46231, Jalan Sg. Tua, Kg. Sg. Kertas, Mukim Batu, Batu Caves 68100 Gombak Selangor Darul Ehsan.

Tel : 019-3310034 Email : www.pitas.com.my

6. Sepanjang 2022, Lembaga Zakat Selangor telah memperuntukan RM3.5 juta bagi membantu Institusi Tahfiz dalam program pemutihan termasuk bayaran konsultan, pelan bangunan, juruukur dan aspek keselamatan bomba. Juga Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah meluluskan satu Tabung Amanah Prihatin Tahfiz Selangor bersama PITAS bagi membantu Institusi Tahfiz dalam program pemutihan. Juga kerajaan negeri Selangor memperuntukan RM10 ribu – RM30 ribu setiap Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama yang memohon bagi aspek keselamatan dan baik pulih tahun 2021 – 2022.

7. PITAS percaya program pemutihan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama di Selangor akan dapat diselesaikan dengan komitmen tinggi yang diterapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama sepadu agensi-agensi yang berkaitan. Oleh yang demikian, saya selaku Pengerusi PITAS ingin membuat penegasan dan pendirian seperti berikut:

• Program pemutihan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama di Negeri Selangor perlu dilaksanakan dengan lebih prihatin dan semangat untuk menyelamatkan institusi ini memandangkan pihak PBT mempunyai kuasa dan prosedur berbeza-beza. Caj pembangunan yang dikenakan oleh PBT perlu dikaji semula memandangkan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama tidak berorientasikan keuntungan `Non Profit’ yang sepatutnya tidak dikenakan caj atau denda sepanjang program pemutihan ini.

• Pihak Berkuasa Tempatan adalah disarankan tidak mengeluarkan sebarang saman ke Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama sepanjang program pemutihan berjalan. Alhamdulillah tahun 2021 – 2022 terdapat 4 saman dari PBT ke Institusi Tahfiz dipanjangkan ke Menteri Besar Selangor mendapat perhatian serius dari MB.

• Alhamdulillah setakat ini belum ada mana-mana Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama yang ditutup oleh Kerajaan Negeri mahupun JAIS. Pelbagai bantuan, taklimat dan kursus telah dilakukan JAIS dalam memperkasakan Sekolah Islam di Selangor.

• Pembaharuan pendaftaran JAIS dilihat dapat membantu Institusi Tahfiz walaupun dilakukan setiap tahun bagi pendaftaran sementara. Walaubagaimanapun satu kriteria khusus perlu ditimbangkan oleh JAIS bagi Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama yang telah mendapat pendaftaran sementara tetapi tidak dapat memperbaharui pendaftaran disebabkan oleh proses pemutihan yang panjang. Kegagalan memperbaharui pendaftaran menyebabkan Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama tidak mendapat bantuan dari Jakim dan Kerajaan Negeri Selangor juga sekolah tidak dapat didaftarkan untuk mengambil peperiksaan seperti PSRA dan SMA.

• Bantuan baik pulih Jakim perlu diperluaskan kepada progaram pemutihan kerana ianya melibatkan isu keselamatan bangunan. Kementerian Kewangan diharap dapat mempertimbangkan permohonan Jakim dan suara akar umbi Institusi Tahfiz demi melihat generasi al-Quran diperkasakan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). 3

• PITAS menyeru pengusaha, pengerusi, mudir Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama hendaklah berganding bahu dan menyegerakan permohonan pemutihan supaya peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan JAIS dapat dimanfaatkan. Perkara ini perlu mendapat perhatian serius memandangkan ada sebahagian Institusi Tahfiz acuh tak acuh dalam tindakan.

• PITAS juga memohon agar semua Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama diberi peluang dan kesempatan untuk di putihkan (legalize) tanpa perlu diambil tindakan penutupan kerana institusi tahfiz dan agama telah melahirkan modal insan berkualiti dan integrated personality yang menguntungkan bagi sebuah negeri maju seperti Negeri Selangor ini.

Akhirnya, saya mewakili Institusi Tahfiz di Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, MAIS, JAIS, LZS dan pihak berwajib dalam membantu dan memperkasa Institusi Tahfiz dan Sekolah Agama di Negeri Selangor.

Sama-sama kita berdoa di Bulan Zulhijjah dan Hari Arafah yang mulia ini semoga Allah memberikan kemudahan dan kerahmatan dalam melahirkan Generasi Al-Quran Rabbani.

Sekian terima kasih.

MEMPERKASA JIL AL QURAN Yang benar,

(Hj. PU Muhamad Hafiz B. Muhamad Haneefa) A.M.S Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) 21 Jun 2023 / 3 Zulhijjah 1444H Mekah Mukarramah

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker