Agama

Krisis Makanan Bakal Berlaku & Dajjal Mungkin Datang Bawa Segunung Roti?

Suatu masa dahulu sering kita tertanya-tanya bagaimana krisis makanan boleh berlaku namun hari ini, segala persoalan itu boleh terjawab sendiri.

Paling tak terfikir dek akal, bagaimana pula perumpamaan ditakdirkan Dajjal akan muncul membawa segunung roti sebagai hadiah.

Maka bagi yang beriman, selalu berpuasa, tidak mudah terpengaruh dikhabarkan InsyaAllah akan terselamat namun ada juga yang tewas dan terlepas.

Jika benar krisis makanan berlaku dan Dajjal menghantar ‘segunung roti’ itu menerusi ejen-ejennya yang berpakaian kemas, bagaimanakah kita?

Adakah menerima kedatangan mereka dan menganggap inilah bantuan daripada sang wira yang prihatin sehinggakan lupa sudah termakan rasuah?

Atau melihat segala yang datang itu sebagai salah satu ujian akhir zaman dan menguji iman manusia yang semakin nipis untuk istiqomah atau sebaliknya.

Apa-apa pun, beruntunglah bagi umat Islam yang kerap berlatih puasa meski pun melangkaui bulan Ramadan atau sentiasa kenyang dengan zikir.

Percayalah.. apabila kita berjaya mengurangkan rasa cinta terhadap dunia, usikan nakal daripada Dajjal atau sebagainya insyaAllah berjaya dihidu dan semoga kita dilindungi daripada fitnah Dajjal!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker