Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 19 April ini sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masing-masing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit.
“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B,” katanya ketika temui selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM.
Berdasarkan takwim KPM, sesi persekolahan sempena Aidilfitri sebelum ini ditetapkan bermula 20 April hingga 1 Mei ini.
Sumber: Berita Harian
Sertai Whatsapp Sejarah Nusantara
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!