PUTRA menggesa pihak Polis menyiasat Filem Mentega Terbang yang didakwa membuat provokasi secara terbuka terhadap agama Islam dan dipercayai boleh mencetuskan salah faham dan kemarahan umat Islam di negara ini,”ujar Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia, Mohamad Shahrulufti bin Mohamad Sharif.
Menurut Mohamad Shahrulufti, pada 27hb Feb 2023 Hari Isnin Jam 1030 pihaknya telah membuat aduan polis di Balai Polis Dang Wangi No report OO5631/23 mengenai Penerbitan dan Tayangan Filem Mentega Terbang.
Jelasnya, Filem ini boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam dan cukup merbahaya kepada anak-anak muda yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.
“Filem ini jelas satu provokasi terhadap Islam Agama Persekutuan yang cuba diletakkan Islam sama dengan agama-agama lain.”ujarnya.
Beliau berkata, perkara ini amat merbahaya kepada keselamatan negara kerana provokasi ini akan menimbulkan emosi kemarahan umat Islam kerana perkara berkaitan aqidah Islam adalah perkara yang amat sensitif.
Tambah beliau, Kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita atau filem ada had nya yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat negara Malaysia yang beragama Islam.
“Putra mendesak pihak polis segera menyiasat dan merujuk siasatan filem ini kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri serta JAKIM untuk mendapat pengesahan bahawa filem ini adalah bertentangan dengan akidah ajaran Islam,”katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pertubuhan itu.”
Justeru, tindakan selanjutnya, dengan segera menasihat KDN mengharamkan dengan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari JAKIM atau Majlis Agama Islam,”tegasnya.