Generasi muda mengucapkan rasa syukur kerana setelah diberi peluang melihat penyanyi Baby Shima melakukan aksi gelek, konsert Hausboom Music 2023 tidak dibatalkan.
Rata-rata yang hadir beranggapan bahawa konsert Hausboom Music 2023 yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor itu patuh syariah dan tiada unsur hedonism.
Pengunjung yang hadir juga mengucapkan terima kasih kerana Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli bukan seorang individu yang bercakap tentang agama Islam.
Ramai yang risau sekiranya Baby Shima merupakan seseorang yang bercakap tentang agama Islam, konsert Hausboom Music 2023 mungkin dibatalkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sehubungan itu, ramai yang minta Baby Shima kekal sebagai artis kerana artis tidak memerlukan tauliah untuk menyampaikan teknik bergelek secara terbuka untuk menimbul nafsu syahwat.