Isu Semasa

Konsert BlackPink Menjelang Ramadan, Nice! Malaysia Negara Serba Boleh?

Konsert Black Pink World Tour, Kuala Lumpur akan diadakan pada 4 Mac 2023 ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

Mereka akan datang ketika umat Islam sedang membuat persiapan menjelang Ramadhan 23 Mac 2023.

Pencetus Ummah (PU) Syed Bantah Konsert Black Pink

Pendakwah selebriti terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed membantah sekeras-kerasnya kehadiran kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink yang akan mengadakan konsert Born Pink World Tour pada 4 Mac 2023 ini.

Suara hati PU Syed itu dizahirkan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

pusyed_official

Kumpulan KPOP Black Pink akan dtg ke Malaysia.
Ambe menyeru semua umat Islam agar sama² kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yg mengarut ini!
Sekat mereka dari hadir!! Cukuplah Maksiat bermaharaja lela berleluasa berlaku..
Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!
Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS..walaupun tak berjaya, kini Blackpink pulak!!
Ambe dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Okt 2022 lagi..tak kira Kerajaan mana yg mentadbir, pihak mana yg mengurus.. Bantah tetap Bantah!!
Malaysia nak jadi Negara serba bolehkah!?
Ayuh sama
#BantahKonsertBornPink!!
PU Syed
#AdeAmbeTakut

Pencetus Ummah (PU) Syed membantah

Sama-samalah Kita lihat nanti pihak agama yang tegas sebelum ini membatalkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus kerana tiada tauliah mengajar di Selangor, ini akan timbul atau ghaib.

Kerajaan Madani wajib batalkan konsert ini dan rakyat khususnya umat Islam juga wajib bersuara.

Rasulullah SAW bersabda : “Jika timbul maksiat pada umatku, maka Allah akan menyebarkan azab, seksa kepada mereka” (Hadis Riwayat Imam Ahmad).

Jangan nanti ketika satu dunia menyambut Ramadhan kita satu Malaysia menyambut kedatangan bala.

Nauzubillah hi minzalik, minta dijauhkanlah.

Sama-samalah, kita berdoa agar bencana besar dari Allah SWT itu tidak turun di negara ini.

Sekadar peringatan. Cegah sebelum berlaku, kalau dah berlaku tak guna nak cegah lagi. Hadap sajalah!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker