Konsep melazimi taubat dalam apa jua segala urusan
Kita hendaklah melazimi taubat dalam seharian hidup kita sama ada secara kita tidak tahu akan kesalahan kita mahupun Ketika kita tahu ini kerana ini selalu lalai mengingati Allah SWT .
kerana itulah ketika mana kita lupa maka ucapakan istighfar kepada Allah SWT kerana bila kita lupa seolah-olah kita tiada pemanduan arah tuju dengan sifat rahmat dan redha dariNYA dengan apa juga pekerjaan yang kita kerjakan.
Ini kerana kita hanya mengharapkan rezeki tanpa ada usaha seolah-olah begitulah sebab kita adanya Tuhan dalam diri kita .
- Taubat jalan menuju penyelesaian masalah.
Ibnu Qayyim berkata: “Apabila engkau berdoa, sementara waktu yang dimiliki begitu sempit, padahal dadamu dipenuhi dengan begitu banyak keinginan, maka jadikanlah seluruh isi doamu istighfar, agar Allah mengampunkan kamu. Apabila engkau diampuni, maka semua keperluanmu akan dipenuhi oleh-Nya tanpa engkau memintanya.”
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
- Taubat membuka pintu rezeki.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman tentang dakwah Nabi Nuh AS kepada umat baginda. Antara seruan baginda adalah seruan supaya bertaubat, lalu dengan itu Allah SWT akan menurunkan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka.
“Sehingga aku berkata (kepada mereka); pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Nuh: 10-12)
- Taubat meraih kekuatan jiwa.
Selain itu, taubat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dan dengan refleksi dan muhasabah yang berterusan, hati kita lebih lembut dan terbuka kepada cahaya keimanan. Keimanan itulah yang menguatkan jiwa manusia.
Jika kita perhatikan tiga kelebihan ini, kesemuanya memberi keuntungan kepada kita. Tidakkah kita rasakan hal ini aneh?
Bila Masanya Kita Perlu Bertaubat?
Taubat tidak terhad kepada dosa yang besar atau yang jelas semata-mata. Bahkan Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga oleh Kekasihnya beristighfar 70 kali setiap hari. Ia perlu dibiasakan, terutamanya apabila hati kita terasa gelisah pada saat melakukan dosa.
Tahukah anda, rasa gelisah ketika melakukan dosa itu petanda yang hati seseorang masih hidup dalam cahaya iman?
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai kebaikan dan dosa. Dalam petikan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan ad-Darimi, serta direkodkan dalam kumpulan 40 hadis Imam An-Nawawi, Baginda SAW berkata, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang memberi fatwa membenarkanmu.”
(HR Ahmad dan Ad-Darimi).
Ikuti Kami Di Facebook Ini
[wpdevart_like_box profile_id=”100089655426148″ stream=”hide” connections=”show” width=”330″ height=”100″ header=”small” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!