Pentaksub atau cauvinis minda liberal selalu nak bising fasal konsep ketuanan Melayu patut dihapuskan, walaupun yang cakap itu pun bani Melayu juga. Tapi ada juga logiknya kenapa.
Jika anda meneliti ‘Ketuanan Melayu’ dalam perlembagaan negara Malaysia, anda tidak akan menjumpai tajuk ini. Namun, tidak bererti ianya tidak wujud atau dianggap enteng.
Konsep Ketuanan Melayu adalah sebenarnya merujuk kepada orang Melayu sebagai tuan rumah kepada tanah yang diduduki, penduduk asal di tanah itu sendiri, dan konsep ini bukanlah konsep yang asing kerana ada beberapa negara yang juga menggunakan konsep ‘bumiputera’ bagi penduduk asal negara mereka.
Sebagai contoh, di Australia, orang asal di negara itu diberikan sejumlah elaun dan ‘pendatang’ (orang kulit putih) menyedari hakikat itu dan isu mengapa elaun diberikan kepada mereka tidak pernah timbul.
Jika perkara yang sama berlaku di Malaysia, alamatnya mungkin rusuhan besar-besaran akan berlaku.
Untuk pengetahuan umum, bumiputera hanyalah berhak dalam beberapa perkara yang kecil, iaitu:
- Nisbah menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam lebih besar
- Jumlah pemberian biasiswa lebih banyak
- Keutamaan dalam pemberian permit dan lesen
- Keistimewaan untuk mendapat tanah rizab bagi orang Melayu
Hanya perkara-perkara di atas ini yang diberi keistimewaan, tapi tidaklah bermaksud mereka yang lain tidak langsung dapat keistimewaan ini. Boleh dapat cuma dihadkan sahaja.
Tapi disini, kita bukan nak membahaskan hak istimewa orang melayu namun, konsep ketuanan Melayu itu sendiri.
Seperti yang telah disebut di atas, ketuanan Melayu itu bermaksud, orang Melayu itu adalah tuan tanah atau tuan rumah bagi wilayah ini.
Sudah tentu tugas sebagai tuan tanah itu adalah untuk menjaga kebajikan, ketenteraman dan kesejahteraan bagi anggota keluarga yang berada di dalam rumah itu.
Segala tanggungjawab untuk memastikan keselamatan negara diberikan tanggungjawab kepada orang melayu majoritinya, yang afdal dengan status mereka.
Askar, polis, pertahanan awam memang kebanyakan mereka adalah orang Melayu, walaupun kuota untuk kaum lain tidak dihadkan, namun majoriti besarnya adalah orang Melayu.
Dari sini pun kita dah nampak, orang Melayu ini sememangnya bersedia menjaga tanah air mereka kerana perasaan sayang yang lahir secara automatik yang menjadi lumrah dan sebati dalam diri.
Ini bukan masa untuk menyalahkan mana-mana kaum atau menuduh mereka yang mereka tidak sayang akan negara mereka sendiri, namun realitinya hari ini, memang itulah yang terjadi.
Namun, puncanya bukan lah semata salah mereka, tapi ada bisikan-bisikan yang senantiasa mendoktrinkan mereka bahawa mereka tidak mendapat hak sama rata dan di layan seperti rakyat kelas kedua.
Walhal perkara itu langsung, sekali lagi ditekankan, langsung tidak benar sama sekali. Tiada istilah ‘second class citizen’ yang diamalkan di Malaysia, semua kaum diberikan hak yang sama cuma ada beberapa perkara sahaja yang diberikan keistimewaan.
Secara umum kita melihat, masalah kaum di Malaysia ini tidaklah sebesar mana, namun pak-pak politik yang suka menunggang sesuatu isu dan membangkitkan sentimen perkauman untuk 1juta suap nasi mereka yang tidak pernah kenyang itu.
Sekian.