Isu SemasaSejarah

Kompromi (4+1) Bukti Kaum Lain Akur Akan Ketuanan Melayu, Kini Semakin Diketepikan?

Ramai bising pasal ketuanan Melayu, cakap dah tak relevan lagi ‘hak bumiputera’, semua orang wajib dapat hak sama rata, tiada istilah siapa besar daripada yang lain.

Ada juga yang bisik-bisik (sebab takut nak cakap kuat-kuat) cakap ketuanan Melayu ni dah tak perlu ada, hapuskan saja lah. Walhal yang bercakap itu pun Melayu juga.

Itu lah padahnya kalau Melayu sendiri tak faham apa itu hak bumiputera dan ketuanan Melayu itu sendiri.

Termakan dek propaganda politik yang sengaja bermain dengan sentimen sensitif dan hak asasi kemanusiaan untuk dapat hak sama rata.

Kebanyakan parti politik yang menunggang isu ketuanan Melayu ini adalah untuk kepentingan sendiri.

Di sisi lain pula, generasi kni banyak sangat terdedah dengan doktrin barat, konon nak hak sama rata untuk semua kaum, mula la nak tunjuk betapa modennya mereka.

Kesian juga, sebab mereka ini tanpa mengetahui hakikat sebenar keadaan, menjadi keldai yang tolong bawa ‘kantung’ agenda ini.

Sebelum wabak ini menjadi lebih parah, lebih ramai Melayu yang jadi hamba dalam tanah airnya, konsep ketuanan melayu ini perlu diambil cakna oleh setiap orang, tak kira kaum.

Apa itu Kompromi (4+1)?

“Empat (4) di sini merujuk kepada empat kelebihan yang diberikan oleh kaum lain kepada bangsa Melayu, iaitu Sistem Raja Perlembagaan, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Manakala 1 merujuk kepada kelonggaran yang tidak mungkin dapat diberikan oleh manamana negara di dunia ini dalam memberikan kerakyatan kepada orang asing. Kompromi inilah yang telah membawa kepada artikel 153 dalam perlembagaan Persekutuan.”1
Kompromi ini juga dikenali sebagai kontrak sosial, pakatan murni, kompromi merdeka, empat campur 1 (4+1) atau quid pro qou.
Kompromi ini menunjukkan tuan tanah Melayu telah membuka pintu rumah kepada tetamunya dan sebagai tuan rumah, rakyat di tanah Melayu bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan tanggungjawab ‘rumah’ dan tetamunya itu.
Disebabkan kompromi itu juga, ‘tetamu’ yang datang mestilah memberi hormat kepada tuan rumah, dan bukannya cuba untuk mengambil alih rumah itu pula.
Dari situ lah wujudnya toleransi, tuan rumah membuka pintu rumahnya dan tetamu menghormati tuan rumah dengan memberi 4 ‘hadiah’ kepada tuan rumah.

Sebagai balasan, tetamu mahu merompak tuan rumah?

Ada sesetengah pihak pula cuba untuk merompak tuan rumah dan mahu menolak kuasa tuna rumah itu sendiri.

Inilah realitinya hari ini. Bak kata pepatah, seperti melepaskan anjing yang tersepit.

Seharusnya perkara ini tidak akan terjadi sekiranya semua orang memahami sejarah dan hormat satu sama lain.

sedih, bila perkara ini diangkat dan ijadikan isu politik demi kepentingan peribadi.

Walhal, keluarga Malaysia itu telah wujud tetapi sengaja di cerai-ceraikan.

Sekian.

  1. Rakyat wajar fahami pengertian sebenar ketuanan Melayu,
    Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011
  2. Sani Ahmad Sabr, Ahmad Zaharuddin. “Rakyat Wajar Fahami Pengertian Sebenar Ketuanan Melayu ,” December 7, 2011. https://www.researchgate.net/publication/318316987_Rakyat_wajar_fahami_pengertian_sebenar_ketuanan_Melayu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker