Kod etika berpakaian pelajar di universiti atau institut pengajian tinggi (IPT), tidak kira sama ada awam mahu pun swasta haruslah berlandaskan jati diri watan.
Dalam erti kata lain, pemikiran jumud seperti seseorang pelajar itu akan nampak kemas dengan memakai kemeja, bertali leher serta kot adalah satu penyelewengan.
Sedangkan Malaysia ini, Malay-sia ini, Tanah Melayu ini berada di atas garisan khatulistiwa dan menerima pancaran matahari yang cukup banyak.
Disebabkan itu, orang-orang Melayu yang dahulunya bijak pandai mencipta baju Melayu yang longgar dan praktikal untuk dipakai sepanjang masa.
Namun datang pula generasi yang merosakkan kegeniusan orang-orang Melayu, dipaksanya kepada pelajar sekolah rendah untuk menjadi ‘lembu’ dengan mewajibkan pemakaian tali leher.
Di universiti atau IPT pula, orang-orang tertinggi yang kononnya dipilih untuk memandu pembinaan rakyat berkualiti cuma dongeng semata.
Zaman ini menunjukkan graduan yang semasa zaman belajarnya memakai t-shirt dan ketika mengambil skrol memakai kemaja dan tali leher, jati diri mereka kurang.
Jika ada pun jati diri dan semangat nasionalisme itu, peratusannya cukup rendah sehingga langsung tidak memberi impak kebanggaan berbanding ejekan.
Nampak Macam Berbogel Dan Berpakaian Ketat Pilihan Pelajar Di Universiti?
Sudahlah berpuluh-puluh tahun atau beberapa kali kerajaan bertukar tampuk kepimpinannya, soal ini tetap dibakul sampahkan, ia tidak penting.
Sehingga ada individu berketuruan Cina yang keluarganya dipercayai dibawa masuk oleh British sebagai hamba suatu ketika dahulu, mencabar kod etika pemakaian yang ada.
Bagi Adun Tanah Rata, Ho Chi Yang, melaksanakan kod berpakaian ketat hanya mewujudkan undang-undang yang tidak penting di universiti.
“Sebuah universiti seharusnya menjadi institut pendidikan yang menerima dan menerima pandangan, pemikiran dan tingkah laku yang berbeza bagi menggalakkan pelajar sentiasa menyoal dan berfikir secara kritis.
“Apabila universiti melaksanakan etika berpakaian yang ketat, ia bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar untuk berpakaian tetapi juga, secara langsung atau tidak langsung, menyekat kreativiti pelajar,” katanya.
Chi Ying bukan hanya berpandangan sekatan seperti itu menghalang pembangunan pengajian tinggi Malaysia malah menyekat kreativiti pelajar dalam memakai pakaian.