Sejarah

Kisah Makam Srikandi Tun Fatimah – Permaisuri Sultan Empayar Melayu Melaka Terakhir

Tun Fatimah adalah seorang serikandi Melayu Melaka yang terkenal dan merupakan anakanda perempuan kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir (setaraf Perdana menteri). Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir ialah anak Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali dengan Tun Kudu.

Tun Fatimah telah berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka terakhir) selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukum bunuh kerana difitnah oleh kalangan orang istana sendiri.

Tun Fatimah sudah pun berkahwin dengan Tun Ali apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya.

Disebabkan fitnah, Sultan Mahmud telah memerintahkan hukuman bunuh kesemua ahli keluarga Tun Fatimah termasuklah kekandanya Tun Tahir, Tun Hasan dan ayahandanya Bendahara Tun Mutahir serta suaminya Tun Ali.

Sultan Mahmud yang menyesal selepas menyedari fitnah tersebut akhirnya berkahwin Tun Fatimah. Beliau juga merupakan Permaisuri Johor pertama yang membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu.

Tun Fatimah melahirkan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, di antaranya adalah Raja Ala’uddin @ Muzzafar Shah @ Kamal Amirul Ar’Rashid ibni Sultan Mahmud Shah 1499 – 1601(Raja Muda Mahkota Melaka) dan Raja Raden Ali yang memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.

Makam Srikandi Tun Fatimah di sebuah permakaman tua di Hilir Bangkinang, tepian tebing kanan Sg.Kampar, Kabupaten Kampar.

Srikandi Tun Fatimah mangkat pada tahun 1527 Masihi dan pada tahun sama tentera gabungan Kesultanan Demak-Cirebon yang dipimpin Fatahillah berjaya mengusir tentera Portugis dari Pelabuhan Sunda Kelapa, dan menamakannya semula “Jayakarta”, dalam Bahasa Sanskrit yang bermaksud “kejayaan tercapai”.

Makamnya bertanda dgn sebuah pohon Kemboja yg dicerita ditanam pada waktu Tun Fatimah dikebumikan. Tunas Kemboja yg dibawa khusus dari Melaka.

ANIH: Pokok Kemboja tua itu yg kini sudah condong membongkok ke arah pusara termaksusd, kelihatan seolah-olah memayungi Tun Fatimah dgn dua cabang usang nya bagaikan ‘tetangan nenek kebayan’ ditas pusara kubur suri itu.

Dicelah-celah pokok2 keladi kelihatan pusara Tun Fatimah. Disekeliling kubur Tun Fatimah, ditemui beberapa makam yg juga berbentuk batu2 nisan perempuan yg seusia dgn batu nisan Tun Fatimah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru