Pernah hadir suatu masa, begitu sebatinya nilai Islam dalam kehidupan orang Melayu sehingga tulisan pun diangkat sebagai satu warisan yang cukup ulung.
Dalam erti kata lain, Melayu dan Islam itu langsung berpisah tiada sehinggalah penjajah dari Barat datang ke Tanah Melayu cuba untuk Kristiankan orang Melayu.
Namun disebabkan iman orang Melayu tidak boleh dijual beli dan sukar terhakis, sangat menyedihkan apabila ada yang berjuang dengan Islam dianggap pemberontak.
Walaupun gagal mengkristiankan orang Melayu, golongan barat ini tetap berjaya menyucuk jarum sekular dalam pemikiran segelintir orang Melayu.
Setelah hampir 10 tahun sebaik sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pemikiran liberal dan sifat rasa terlalu baik untuk memahami orang lain menjadi salah satu sebab tulisan Jawi dihapuskan.
Bayangkan sejak beratus tahun tulisan Jawi digunakan, sampai sahaja kuasa di tangan orang-orang tidak memiliki kecintaan terhadap bangsa Melayu dan Islam secara agung, banyak yang dirombak.
Sepatutnya pemimpin Melayu terdahulu yang awal-awal punyai kuasai letakkan syarat mana-mana pendatang yang menerima kerakyatan harus beradaptasi dengan budaya Melayu dan Islam.
Bukannya melacurkan budaya Melayu dan Islam dengan alasan ingin mencapai keharmonian antara kaum dan ingin beri layanan yang sama agar tiada pihak tidak berpuas hati.
Salah satu usaha yang cuba dibuat oleh pemimpin terdahulu berstatus tuan tanah adalah menghapuskan tulisan Jawi kerana menganggap menyusahkan orang lain untuk membacanya.
Dalam masa sama, Tan Sri Khir Johari yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan berjaya menggunakan kuasanya menghapuskan tulisan Jawi kerana dianggap tiada nilai komersil.
Bayangkan orang muda zaman ini pada tahun 2022, lihat sahaja tulisan Jawi rasa mual dan jijik, kerana mereka tidak lagi tahu membacanya.
Cabarlah mana-mana anak muda Melayu pada zaman ini untuk baca al-Quran on the spot, majoriti akan mengelak dan kalau tidak percaya, cubalah!
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!